Master Secara Kerja Kursus | FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
» AKADEMIK » PASCA SISWAZAH » Master Secara Kerja Kursus

Master Secara Kerja Kursus

.
Master Ekonomi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MASTER EKONOMI

 

Latar belakang:

 

Program ini menyediakan kursus pengajian yang luas dalam bidang ekonomi gunaan. Program ini menekankan keseimbangan antara pengetahuan teori dan aplikasi praktikal yang sesuai dengan pelbagai pihak berkepentingan. Pelajar akan memperoleh kemahiran yang relevan dalam menjalankan penyelidikan ekonomi dengan mengambil kursus kaedah penyelidikan ekonometrik, teknik statistik dan disertasi master. Pelajar juga akan didedahkan kepada isu semasa ekonomi global dan alat penyelidikan ekonomi dan pengajian yang terkini.

 

Struktur Kurikulum

 

Pelajar dikehendaki melengkapkan 40 jam kredit kursus. Program ini merangkumi kursus teras dan disertasi master (25 jam kredit) dan kursus elektif (15 jam kredit). Maklumat lanjut mengenai senarai kursus, sila rujuk di sini.

 

Syarat kemasukan

 

Calon perlu mempunyai:

  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00 pada skala 4.00 dari institusi yang diiktiraf oleh UPM atau;
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua tahun jika PNGK kurang daripada 3.00 atau;
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun jika PNGK kurang daripada 2.50; dan
  • Sekurang-kurangnya lulus dalam bidang ekonomi atau/dan kursus kuantitatif di peringkat sarjana muda.
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Bagi Calon antarabangsa sahaja:

  • 550 bagi TOEFL; atau
  • Band 6.0 bagi IELTS; atau
  • Tahap 109 bagi CIEP
     
Kerjaya
 

Ahli Ekonomi, Penyelidik, Pensyarah

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  
Calon Tempatan:   Calon Antarabangsa:

 CALON TEMPATAN:

  • Max dua tahun : RM18,050
  • Max tiga tahun : RM19,950
 

CALON ANTARABANGSA:

  • Max dua tahun : RM35,050/USD7,788
  • Max tiga tahun : RM38,950/USD8,655

 

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     

Penyelaras program: 

 
 
Nama: Prof. Madya. Dr. Saifuzzaman Ibrahim
Pejabat: 03- 97697624
Emel: saifuzzaman@upm.edu.my
     
     
.
Master Keusahawanan 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   

MASTER KEUSAHAWANAN

 

Latar belakang:

 

Program ini merupakan program holistik rasmi bagi menghasilkan calon dengan naluri dan kemahiran keusahawanan untuk usaha inovatif dan kreatif. Program ini direka untuk calon daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Pelajar yang mengikuti program ini juga akan didedahkan kepada pengalaman praktikal untuk mengeksploitasi peluang-peluang pasaran serta mendapat manfaat daripada rangkaian.

 

Struktur Kurikulum

 

Pelajar dikehendaki melengkapkan 43 jam kredit kursus. Program ini merangkumi kursus teras (31 jam kredit), kursus elektif (6 jam kredit) projek keusahawanan (6 jam kredit). Maklumat lanjut mengenai senarai kursus, sila rujuk di sini.

 

Syarat kemasukan

 

Calon perlu mempunyai:

  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00 pada skala 4.00 dari institusi yang diiktiraf oleh UPM atau;
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu tahun dalam bidang keusahawanan bagi calon dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75; atau
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga tahun dalam bidang keusahawanan bagi calon dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.50; atau
  • Pengalaman kerja selama tiga tahun dalam bidang keusahawanan untuk calon dengan kelayakan profesional setara dengan ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh UPM.
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Bagi Calon antarabangsa sahaja:

  • 550 bagi TOEFL; atau
  • Band 6.0 bagi IELTS; atau
  • Tahap 109 bagi CIEP
     
Kerjaya
 

Usahawan, Usahawan Korporat, Perunding, Pengurus

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  
Calon Tempatan:   Calon Antarabangsa:

 CALON TEMPATAN:

  • Max dua tahun : RM19,100
  • Max tiga tahun : RM21,000
 

CALON ANTARABANGSA:

  • Max dua tahun : RM37,075/USD8,238
  • Max tiga tahun : RM40,950/USD9,105

 

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     

Penyelaras program: 

 
 
Nama:Dr. Abdul Rashid Abdullah
Pejabat:03-97697736
Emel: rashidabdullah@upm.edu.my
   
     

. 

Master Kewangan

 

MASTER KEWANGAN 

Latar belakang:

 

Program ini diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Fokus program ini adalah tertumpu kepada Kejuruteraan Kewangan dan Kewangan Islam. Pelajar yang mengambil program ini dikehendaki mendaftar beberapa kursus dan menjalankan projek penyelidikan.

 

Struktur Kurikulum

 

Pelajar dikehendaki melengkapkan 40 jam kredit kursus. Program ini merangkumi kursus teras (27 jam kredit), kursus elektif (6 jam kredit), dan disertasi master (7 jam kredit). Maklumat lanjut mengenai senarai kursus, sila rujuk di sini.

 

Syarat kemasukan

 

Calon perlu mempunyai:

  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.0 pada skala 4.00 dari institusi yang diiktiraf oleh UPM atau;
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu tahun bagi calon dengan PNGK tidak kurang daripada 2.75; atau
  • Pengalaman kerja selama lima tahun bagi calon dengan PNGK kurang daripada 2.50; atau
  • Pengalaman kerja selama dua tahun dan kelayakan profesional setara dengan ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh UPM.
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Bagi calon tempatan:

  • Band 4 bagi MUET

Bagi calon antarabangsa:

  • 550 bagi TOEFL; atau
  • Band 6.0 bagi IELTS; atau
  • Tahap 109 bagi CIEP
     
Kerjaya
 

Pelabur, Remisier, Perunding Perancang Kewangan, Pengurus Syarikat, Eksekutif Kewangan, Penyelidik Kewangan, Perunding Kewangan Kerajaan, Pegawai Bank dan Pensyarah.

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  
Calon Tempatan:   Calon Antarabangsa:

 CALON TEMPATAN:

  • Max dua tahun : RM18,050
  • Max tiga tahun : RM19,950
 

CALON ANTARABANGSA:

  • Max dua tahun : RM35,050/USD7,788
  • Max tiga tahun : RM38,950/USD8,655

 

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     

Pegawai Bertanggujawab: 

 
 
Nama:Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah)
Pejabat: 03-97697758
Emel: nurnadjla@upm.edu.my


         

Untuk MEMOHON, sila klik di sini

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah)

  Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
  Universiti Putra Malaysia
  03-89467609/7722/7744
  fep@upm.edu.my


 

Kemaskini:: 27/05/2019 [nurzatul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697600
0389486188
B1566597612