Doktor Falsafah (Ph.D) | FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
» AKADEMIK » PASCA SISWAZAH » Doktor Falsafah (Ph.D)

Doktor Falsafah (Ph.D)

Doktor Falsafah (Ph.D)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

DOKTOR FALSAFAH (PH.D)

 

Latar belakang:

 

Program Doktor Falsafah (Ph.D) bermatlamat untuk menghasilkan sarjana yang akan menerajui bidang penyelidikan masing-masing. Terdapat sebelas (11) bidang yang ditawarkan di FEP iaitu:

  1. Ekonomi
  2. Ekonomi Perniagaan
  3. Pelancongan
  4. Hospitaliti
  5. Pengurusan
  6. Pemasaran
  7. Pengurusan Sumber Manusia
  8. Kewangan
  9. Perakaunan
  10. Kepemimpinan Korporat
  11. Undang-undang Perniagaan

 

Calon yang mengikuti program ini harus mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang atau bidang yang berkaitan. Graduan dari program ini boleh diambil bekerja dalam akademia, institusi penyelidikan atau agensi awam dan swasta.

Pemohon dikehendaki menyediakan proposal penyelidikan yang ingin dijalankan bagi memastikan bidang penyelidikan mereka bersesuaian dengan kepakaran ahli fakulti. Setiap pelajar akan diberikan penasihat akademik sekiranya pelajar tersebut berjaya diterima melanjutkan pelajaran di UPM, di mana penasihat akademik inilah yang akan membimbing pelajar sepanjang pengajian.

 

Struktur Kokurikulum

 
  • Program Ph.D terdiri daripada kerja kursus, seminar, peperiksaan komprehensif (CE), tesis dan viva voce (peperiksaan tesis).
  • Calon dikehendaki melengkapkan 9 jam kredit kerja kursus yang terdiri daripada kursus wajib iaitu kaedah penyelidikan (3 jam kredit) dan kursus elektif (6 jam kredit). Calon dalam bidang ekonomi perlu mendaftar kursus tahap 6000 (lanjutan) sebagai elektif.
  • Calon dikehendaki mendaftar kursus seminar (1 kredit) yang ditawarkan setiap semester.
  • Calon mesti lulus CE sebelum memulakan penyelidikan.
  • Calon mesti hadir dan lulus viva voce.
  • Maklumat lanjut mengenai senarai kursus rujuk di sini
 

Syarat kemasukan

 

Calon perlu mempunyai:

  • Ijazah Sarjana dengan PNGK minimum 3.00 pada skala 4.00 daripada institusi yang diiktiraf oleh UPM atau;
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun jika CGPA kurang daripada 3.00 atau;
  • Pengalaman kerja selama 5 tahun atau lebih jika CGPA kurang daripada 2.50
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Bagi Calon antarabangsa sahaja:

  • 550 bagi TOEFL; atau
  • Band 6.0 bagi IELTS; atau
  • Tahap 109 bagi CIEP
     
Kerjaya
 

Penyelidik, Pensyarah, Konsultan

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  

 Bayaran asas yang dikenakan adalah;

      Semester 1     Semester 2 - 4     Semester 5 - 6     Semester 7 dan ke atas

Pelajar tempatan

   

RM2,462.50

    RM2,212.50          RM1,650.0     RM2,650.00
Pelajar antarabangsa    

RM5,762.50

   

RM4,012.50 

   

RM3,450.0

    RM3,800.00 

 

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     

Penyelaras program: 

 
Ph.D (Ekonomi):     Ph.D (Pengajian Perniagaan):
Nama: Prof. Madya Dr. Norashidah Mohamed     Nama: Dr. Anuar Shah Bali Mahomed
Pejabat: 03- 89467732     Pejabat: 03- 89467643
Emel: norashidah@upm.edu.my     Emel: anuar@upm.edu.my 
  
     
     
     


         

Untuk MEMOHON, sila klik di sini 

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah)

  Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
  Universiti Putra Malaysia
  03-89467609/7722/7744
  fep@upm.edu.my


 

Kemaskini:: 18/07/2019 [nurzatul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697600
0389486188
B1566597081