Master Secara Kerja Kursus | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» AKADEMIK » SISWAZAH » Master Secara Kerja Kursus

Master Secara Kerja Kursus

.
Master Ekonomi
 

MASTER EKONOMI


 

Latar belakang:

 

Program ini menyediakan kursus pengajian yang luas dalam bidang ekonomi gunaan. Program ini menekankan keseimbangan antara pengetahuan teori dan aplikasi praktikal yang sesuai dengan pelbagai pihak berkepentingan. Pelajar akan memperoleh kemahiran yang relevan dalam menjalankan penyelidikan ekonomi dengan mengambil kursus kaedah penyelidikan ekonometrik, teknik statistik dan disertasi master. Pelajar juga akan didedahkan kepada isu semasa ekonomi global dan alat penyelidikan ekonomi dan pengajian yang terkini.

 

Struktur Kurikulum

 

Pelajar dikehendaki melengkapkan 40 jam kredit kursus. Program ini merangkumi kursus teras dan disertasi master (25 jam kredit) dan kursus elektif (15 jam kredit).

Maklumat lanjut mengenai senarai kursus. Sila rujuk di sini.

 

Syarat kemasukan

 
  • Calon hendaklah mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.000; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.750 - 2.999 dan mempunyai minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.500 - 2.749 dan mempunyai minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di bawah 2.500 dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Untuk calon antarabangsa sahaja:

  • Band 6.0 untuk IELTS (Versi Akademik); atau
  • Skor 79-80 untuk TOEFL (Berasaskan Internet); atau
  • Band 4 untuk MUET; atau
  • Skor 50 untuk PTE Akademik; atau
  • Skor 109 untuk CIEP di ELS Language Centre, UPM

 

Nota : Tempoh sah laku kelayakan Bahasa Inggeris tidak boleh melebihi lima tahun.

 
Pengambilan  

September       (Semester Pertama)

Februari           (Semester kedua)

     
Kerjaya
 

Ahli Ekonomi, Penyelidik, Pensyarah

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  
Calon Tempatan:   Calon Antarabangsa:

 CALON TEMPATAN:

  • 1.5 tahun : RM17,250
  • Dua tahun : RM18,250
  • Tiga tahun : RM20,250
 

CALON ANTARABANGSA:

  • 1.5 tahun : RM33,400
  • Dua tahun : RM35,450
  • Tiga tahun : RM39,550

 

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     
Waktu Kelas   Hari biasa (Isnin – Jumaat) selepas waktu pejabat iaitu bermula jam 6.00-9.00 malam.
     

Penyelaras program: 

 
 
Nama: Dr. Nor Yasmin Mhd Bani
Pejabat: 03- 9769 7248
Emel: nor_yasmin@upm.edu.my
     
     
.
 
Master Keusahawanan 
   

MASTER KEUSAHAWANAN

 

Latar belakang:

 

Program ini merupakan program holistik rasmi bagi menghasilkan calon dengan naluri dan kemahiran keusahawanan untuk usaha inovatif dan kreatif. Program ini direka untuk calon daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Pelajar yang mengikuti program ini juga akan didedahkan kepada pengalaman praktikal untuk mengeksploitasi peluang-peluang pasaran serta mendapat manfaat daripada rangkaian

 

Struktur Kurikulum

 

Pelajar dikehendaki melengkapkan 43 jam kredit kursus. Program ini merangkumi kursus teras (31 jam kredit), kursus elektif (6 jam kredit) projek keusahawanan (6 jam kredit).

Maklumat lanjut mengenai senarai kursus. Sila rujuk di sini.

 

Syarat kemasukan

 
  • Calon hendaklah mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.000; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.750 - 2.999 dan mempunyai minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.500 - 2.749 dan mempunyai minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di bawah 2.500 dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Untuk calon antarabangsa sahaja:

  • Band 6.0 untuk IELTS (Versi Akademik); atau
  • Skor 79-80 untuk TOEFL (Berasaskan Internet); atau
  • Band 4 untuk MUET; atau
  • Skor 50 untuk PTE Akademik; atau
  • Skor 109 untuk CIEP di ELS Language Centre, UPM

 

Nota : Tempoh sah laku kelayakan Bahasa Inggeris tidak boleh melebihi lima tahun.

 
Pengambilan    

September       (Semester Pertama)

Februari           (Semester kedua)

     
Kerjaya
 

Usahawan, Usahawan Korporat, Perunding, Pengurus

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  
Calon Tempatan:   Calon Antarabangsa:

 CALON TEMPATAN:

  • 1.5 tahun : RM18,300
  • Dua tahun : RM19,300
  • Tiga tahun : RM21,300
 

CALON ANTARABANGSA:

  • 1.5 tahun : RM35,425
  • Dua tahun : RM37,475
  • Tiga tahun : RM41,575

 

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     
Waktu Kelas    Hari biasa (Isnin – Jumaat) selepas waktu pejabat iaitu bermula jam 6.00-9.00 malam.
     

Penyelaras program: 

 
 
Nama:Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed
Pejabat:03-9769 7643
Emel: anuar@upm.edu.my
         mentrep@upm.edu.my
     
   
     

. 

Master Kewangan

 

MASTER KEWANGAN 

Latar belakang:

 

Program ini diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Fokus program ini adalah tertumpu kepada Kejuruteraan Kewangan dan Kewangan Islam. Pelajar yang mengambil program ini dikehendaki mendaftar beberapa kursus dan menjalankan projek penyelidikan.

 

Struktur Kurikulum

 

Pelajar dikehendaki melengkapkan 40 jam kredit kursus. Program ini merangkumi kursus teras (27 jam kredit), kursus elektif (6 jam kredit), dan disertasi master (7 jam kredit).

Maklumat lanjut mengenai senarai kursus. Sila rujuk di sini.

 

Syarat kemasukan

 
  • Calon hendaklah mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.000; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.750 - 2.999 dan mempunyai minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau 
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.500 - 2.749 dan mempunyai minimum 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Untuk calon antarabangsa sahaja:

  • Band 6.0 untuk IELTS (Versi Akademik); atau
  • Skor 79-80 untuk TOEFL (Berasaskan Internet); atau
  • Band 4 untuk MUET; atau
  • Skor 50 untuk PTE Akademik; atau
  • Skor 109 untuk CIEP di ELS Language Centre, UPM

Nota : Tempoh sah laku kelayakan Bahasa Inggeris tidak boleh melebihi lima tahun

 
Pengambilan  

September       (Semester Pertama)

Februari           (Semester kedua)

     
Kerjaya
 

Pelabur, Remisier, Perunding Perancang Kewangan, Pengurus Syarikat, Eksekutif Kewangan, Penyelidik Kewangan, Perunding Kewangan Kerajaan, Pegawai Bank dan Pensyarah.

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  
Calon Tempatan:   Calon Antarabangsa:

 CALON TEMPATAN:

  • 1.5 tahun : RM17,250
  • Dua tahun : RM18,250
  • Tiga tahun : RM20,250
 

CALON ANTARABANGSA:

  • 1.5 tahun : RM33,400
  • Dua tahun : RM35,450
  • Tiga tahun : RM39,550

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     
Waktu Kelas   Hari biasa (Isnin – Jumaat) selepas waktu pejabat iaitu bermula jam 6.00-9.00 malam.
     

Penyelaras Program: 

 
 
Nama: Prof Madya Dr Ahmad Fahmi Sheikh Hassan
Pejabat: 03-9769 7270
Emel: ahmadfahmi@upm.edu.my
          mfin@upm.edu.my
 
     
     

 .

Master Pentadbiran Perniagaan

 

MASTER PENTADBIRAN PERNIAGAAN 

Latar belakang:

 

Di dalam persekitaran global hari ini yang tidak menentu, tidak pasti, kompleks dan samar-samar, pengurus perniagaan perlu bertindakbalas dengan cepat dan fleksibel bagi menangani cabaran yang kian meningkat. Program MBA di UPM mensasarkan kepada golongan pemimpin dan pengurus profesional untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kualiti kemahiran di dalam pentadbiran perniagaan dan organisasi. Program MBA kami dibentuk khas untuk membina asas yang kukuh untuk kemahiran pengurusan perniagaan, maka ia amat sesuai bagi pelajar yang berlatarbelakangkan pendidikan pentadbiran perniagaan mahupun yang tidak. Projek penyelidikan berkonsepkan kajian kes kami akan memberi peluang pelajar untuk mendalami selok-belok perniagaan di dalam industri yang dipilih. Ini akan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pelajar dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk berfikir dan membuat keputusan secara strategik.

 

Struktur Kurikulum

 

Pelajar dikehendaki melengkapkan 42 jam kredit kursus. Program ini merangkumi kursus teras dan disertasi master (18 jam kredit), kursus pengkhususan (18 jam kredit) dan kursus elektif (6 jam kredit).

Maklumat lanjut mengenai senarai kursus, klik disini

 

Syarat kemasukan

 
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.000 dan sekurang-kurangnya 1tahun pengalaman kerja; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.500 - 2.999 dan mempunyai minimum 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di bawah 2.500 dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Untuk calon antarabangsa sahaja:

  • Band 6.0 untuk IELTS (Versi Akademik); atau
  • Skor 79-80 untuk TOEFL (Berasaskan Internet); atau
  • Band 4 untuk MUET; atau
  • Skor 50 untuk PTE Akademik; atau
  • Skor 109 untuk CIEP di ELS Language Centre, UPM

Nota : Tempoh sah laku kelayakan Bahasa Inggeris tidak boleh melebihi lima tahun.

     
Pengambilan  

Julai                 (Trimester Pertama)

November        (Trimester Kedua)

Mac                 (Trimester Ketiga)

     
Kerjaya
 

Pemimpin perniagaan, Pemasar, Pengurus Kanan, Perunding, Pengarah, Pembangunan Perniagaan, Usahawan, Pemodal Usaha Rentan, Pemimpin Kanan Kerajaan, berperanan sebagai Eksekutif dalam Pemasaran, Operasi, Kewangan, Penjualan dan Komunikasi

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  
Calon Tempatan:   Calon Antarabangsa:

 CALON TEMPATAN:

Satu tahun (3 semester) : RM26,350

Dua tahun (6 semester) : RM29,350

Tiga tahun (9 semester) : RM32,350

 

CALON ANTARABANGSA:

Satu tahun (3 semester) : RM37,900

Dua tahun (6 semester) : RM44,050

Tiga tahun (9 semester) : RM50,200

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     
Waktu Kelas   Hari biasa (Isnin – Jumaat) selepas waktu pejabat iaitu bermula jam 6.00-9.00 malam.
     

Penyelaras Program: 

 
 
Nama: Prof. Madya Dr. Raja Nerina Raja Yusof
Pejabat:03-9769 7663
Emel: mba@upm.edu.my / nerina@upm.edu.my


         

Untuk MEMOHON, sila klik di sini

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa)

  Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
  Universiti Putra Malaysia
 

03-97697609/7722/7744/7778

  spe@upm.edu.my


 

Kemaskini:: 11/10/2020

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
0397696188
B1606571945