Pengenalan EKSA oleh MAMPU
EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula amalan 5s Sektor Awam. Langkah penjemaan semula oleh MAMPU ini diperkenalkan supaya seiring dengan perubahan dan kehendak semasa bagi meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi disamping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5s yang diamalkan sebelum in, sebaliknya menambahbaik elemen 5s tersebut. Amalan 5s ditambahbaik dengan menambah lima (5) elemen baharu iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.
EKSA di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE)
Amalan EKSA mula diterapkan di kalangan warga SPE bermula tahun 2017. Sejak itu, EKSA dilaksanakan secara berperingkat sehingga ia dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai 2017 di Dewan Philip Kotler oleh Dekan SPE. Majlis pelancaran ini secara umumnya mendapat sambutan positif seluruh warga akademik dan bukan akademik fakulti.
Penyataan Komitmen, Visi, Misi, Polisi dan Slogan EKSA
"Staf Sekolah Perniagaan dan Ekonomi beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya persekitaran berkualiti yang bersih, selesa, selamat dan produktif dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk memenuhi espektasi pelanggan selaras dengan Visi, Misi dan Matlamat Universiti Putra Malaysia"
VISI, MISI, POLISI, SLOGAN
Gambar Aktiviti EKSA: Semua gambar aktiviti EKSA di SPE boleh dicapai melalui ‘facebook’ Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia.
Untuk melihat Garis Panduan Pelaksanaan EKSA di UPM, sila rujuk capaian Buku Panduan Pelaksanaan EKSA
Maklumat lanjut mengenai EKSA boleh merujuk laman web MAMPU rujuk link di sini.
Updated:: 28/06/2022 [syazmer]
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
General Line: 03 9769 7777
Undergraduate: 03 9769 6954
Postgraduate: 03 9769 7609