Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) atau nama asalnya Fakulti Ekonomi Sumber dan Perniagaantani telah ditubuhkan pada bulan Januari 1974 sebagai fakulti yang keempat di Universiti Putra Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia).
Mulai 1 Mac 2020, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah dijenamakan semula kepada Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) ke arah universiti bereputasi antarabangsa.