OBJEKTIF : Pada akhir kursus ini pelajar
1. memahami isu semasa ekonomi antarabangsa
2. dapat menganalisis, menilai dan membandingkan pencapaian ekonomi antara negara
3. dapat membahas secara kritikal dengan disokong oleh bukti empirikal tentang perkembangan ekonomi dunia terkini.
SINOPSIS : Kursus ini membincangkan secara mendalam dan kritikal tentang masalah ekonomi antarabangsa, terutamanya bersabit dengan dasar perdagangan: halangan tarif dan bukan tarif, kawalan komoditi utama, stok penimbal, perjanjian komoditi antarabangsa, GATT, integrasi ekonomi termasuk blok perdagangan; masalah imbangan pembayaran dan kadar pertukaran, krisis mata wang dan hutang asing, dan pertumbuhan ekonomi.
(This course critically discusses in greater depth the international economic problems, especially on trade policies: tariffs and non tariff barriers to trade, primary commodity control, buffer stock, international commodity agreements, GATT, economic integration including trading block; balance of payments problems and exchange rate, currency crises and foreign debts, and economic growth).
PENILAIAN :
Ujian 20%
Penyampaian
20%
Penyertaan 20%
Kertas Kerja
40%
------
100%
------
KANDUNGAN KURSUS
1. Seminar oleh pakar bidang
- pakar dalam bidang perdagangan dan kewangan antarabangsa akan dijemput memberi seminar mingguan bersabit dengan topik-topik yang dipilih.
2. Kaedah dan karya penyelidikan empirikal dalam bidang ekonomi antarabangsa
- model permintaan
eksport dan import
- model kadar pertukaran
- kajian empirikal
dasar perdagangan
- kajian imbangan
pembayaran
- topik-topik lain yang dipilih oleh pelajar
3. Kertas kerja
- pelajar memilih topik-topik yang diminatinya untuk dikaji
4. Pembentangan kertas kerja
- setiap pelajar dikehendaki
membentang kertas kerja dengan satu topik yang telah dipilih.
RUJUKAN
1. Learner, E.E dan R.M. Stern (1970). Quantative International Economics. Boston: Allyn and Bacon.
2. Ariff, Mohammed et. al, Ed. (1991). The Uruguay Round: ASEAN Trade Policy Options. ASEAN Economic Research Unit, ISEAS.
3. Bigman, Dattid and Teizo Taya eds. (1980). The Functions of Floating Exchange Rates: Theory, Evidence, and Policy Implications.
4. Williamson, John (1977). The Failure of World Monetary Reform, 1971-74. New York: New York University Press.
5. John, R.W. dan P.B.
Kanen (1985). Handbook of International Economics. Amsterdam:
North-Holland.