KUALA LUMPUR, 28 Jan -- Peningkatan harga arang batu dunia dijangka akan mempengaruhi kadar tarif elektrik baharu yang bakal diumumkan kerajaan tahun ini bagi tempoh tiga tahun akan datang.
Justeru pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia Prof Madya TS Dr Anuar Shah Bali Mahomed tidak menolak kemungkinan akan ada kenaikan kadar tarif elektrik kepada industri yang memperoleh keuntungan luar biasa sebelum ini kerana permintaan terhadap bahan api itu lebih tinggi berbanding pengeluaran.
“Ini juga disebabkan kebergantungan negara kita dalam mengimport arang batu,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Sumber: Bernama, 28 Januari 2022
Tarikh Input: 15/03/2022 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer
PERKONGSIAN MEDIA