Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan   -   http://www.econ.upm.edu.my -   Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia.  Tel : +60389467609  Faks : +60389486188  E-mel : fep@econ.upm.edu.my
   ENGLISH VERSION
SINOPSIS KURSUS PRASISWAZAH

Jabatan :   Perakaunan dan Kewangan   |   Ekonomi   |   Hospitaliti dan Rekreasi   |   Pengurusan dan Pemasaran  

Jabatan Pengurusan dan Pemasaran

MGM 2101 KOMUNIKASI PERNIAGAAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini digubal bagi meningkatkan kesedaran mengenai fungsi dan kepentingan berkomunikasi didalam organisasi perniagaan. Tumpuan ke atas aspek kemanusiaan beserta dengan applikasi teknik berkomunikasi untuk mencapai matlamat organisasi. Penekanan akan diberi ke atas strategi komunikasi.

MGM 2111 PENGURUSAN ORGANISASI DAN PERNIAGAAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Analisis terhadap teori-teori, prinsip-prinsip, teknik-teknik dan alat-alat asas pengurusan dengan penumpuan terhadap fungsi-fungsi pengurusan yang berkaitan dengan bidang kefungsian untuk sesebuah organisasi perniagaan dan bukan perniagaan - penekanan yang lebih juga akan diberikan terhadap pendekatan bersistem.

MGM 2191 KOMPUTER DAN PEMPROSESAN DATA
Kredit : 4 (3+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membiasakan para pelajar dengan aplikasi dan pengurusan komputer, memberi kefahaman tentang istilah pengkomputeran, terutama yang berkaitan dengan perkakasan dan perisian komputer peribadi serta Laman Web Sedunia (WWW); penggunaan Internet dan WWW sebagai gudang penyimpanan maklumat terkini dan merupakan alatan bagi pembelajaran bersepadu; memperihalkan dengan jelas mengapa komputer merupakan elemen asas yang perlu ada dalam dunia perniagaan dan kehidupan manusia secara amnya. Topik-topiknya meliputi konsep sistem komputer, struktur komputer, rangkaian komputer, komunikasi antara komputer dan pengaturcaraan komputer. Latihan amali akan menumpu kepada pemprosesan perkataan, lembaran kerja, persembahan grafik, rekabentuk dan pengurusan pangkalan data serta rekabentuk dan pembinaan laman web.

MGM 3113 GELAGAT ORGANISASI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 2111
Kursus ini membincang fenomena-fenomena tingkahlaku di peringkat individu, kumpulan, dan sistem atau amalan organisasi. Perbincangan di peringkat individu merangkumi isu-isu seperti personaliti, sikap, nilai, persepsi, pembelajaran, dan motivasi. Isu-isu kumpulan merangkumi dinamik kumpulan, komunikasi, kepimpinan, dan konflik. Manakala isu-isu di peringkat sistem organisasi termasuklah rekabentuk organisasi, rekabentuk kerja, budaya organisasi, dan perubahan organisasi.

MGM 3123 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3113
Kursus ini memberi penekanan kepada konsep 'kerjasama' (interface) di antara pengurus-pengurus sumber manusia dan pengurus lain dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia seperti perancangan gunatenaga, pengambilan pekerja, pemilihan, latihan dan pembangunan, pemberian ganjaran, dan hubungan majikan-pekerja; ia menumpukan kepada teknik serta kaedah meningkatkan keberkesanan organisasi melalui amalan-amalan pengurusan sumber manusia yang betul; perbandingan dibuat antara amalan-amalan pengurusan sumber manusia di sektor swasta dan kerajaan dan juga di antara falsafah-falsafah pengurusan sumber manusia dari perspektif barat dan bukan barat seperti Jepun.

MGM 3161 TEKNIK KUANTITATIF DALAM PENGURUSAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MTH 3004
Kursus ini membincangkan model-model kuantitatif sebagai alat untuk membuat keputusan. Tajuk-tajuk yang terlibat termasuklah pembentukan model, konsep probabiliti, nilai jangkaan dan bersyarat (conditional), teori keputusan, teori kawalan inventori. Programan linar menggunakan geraf, kaedah simplex, dan analisis kepekaan. Model pengangkutan, mengukur utility, teori mainan, teori garisan menunggu, simulasi, PERT/CPM, proses MARKOV, Programan dinamik, teknik 'branch and bound' dan lain-lain.

MGM 3162 STATISTIK PERNIAGAAN
Kredit : 4 (3+1)
Prasyarat : MTH 3004
Kursus ini mengenalkan kaedah-kaedah, prinsip-prinsip dan penggunaan statistik di dalam bidang pengurusan perniagaan. Tajuk utama yang dibincangkan adalah statistik deskriptif, kebarangkalian, persampelan, taburan pensampelan, penganggaran, pengujian hipotesis (satu sampel dan dua sampel), ujian Chi kuasa dua, analisis varians, kaedah statistik tak berparameter, regresi linear, korelasi, regresi berganda dan siri masa (penelahan).

MGM 3211 PRINSIP PEMASARAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 2111

Pendekatan pengurusan dalam memahami pembuatan keputusan pemasaran dengan memberi penekanan terhadap pembangunan campuran pemasaran dan strategi-strategi pemasaran. Perbincangan dalam pemasaran; analisa peluang pemasaran; keputusan keluaran/perkhidmatan; keputusan pengagihan; keputusan promosi; keputusan penentuan harga; perancangan dan pengurusan pemasaran; dan lain-lain kegunaan terpilih.

MGM 3244 GELAGAT PENGGUNA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Meneliti faktor-faktor psikologi, sosiologi dan ekonomi yang mempengaruhi kelakuan pengguna. Mengkaji kesan aktiviti pemasaran ke atas masyarakat, pergerakan pengguna dan perundangan yang mempengaruhi pasaran juga.

MGM 3331 UNDANG-UNDANG BURUH DAN PERHUBUNGAN INDUSTRI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3351
Kursus ini membincang asas-asas hubungan pekerja-majikan dalam konteks undang-undang yang berkaitan. Undang-undang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia serta hak-hak yang dijamin juga ditinjau dari sudut ekonomi bebas.

MGM 3341 UNDANG-UNDANG HARTA INTELEK DAN INDUSTRI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3351
Karya-karya cipta intelek dan rekaan-rekaan industri kini terdapat dalam berbagai bentuk. Pemilikan karya-karya ciptaan serta rekaan-rekaan ini memerlukan sokongan satu regim undang-undang tuntutan hakmilik oleh tuan punya.

MGM 3351 UNDANG-UNDANG KOMERSIL
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3351
Kursus ini mendedahkan semua prinsip undang-undang yang ada kaitan dengan penubuhan dan pengurusan sesuatu jenis perniagaan. Tinjauan juga dibuat mengenai asas undang-undang bagi setiap urusan perniagaan yang lazim dilakukan oleh seorang peniaga, seperti kontrak, kredit pengguna dan urusan dengan bank, khususnya dari aspek tanggungan dan haknya terhadap orang lain yang berurusan dengannya.

MGM 3354 UNDANG-UNDANG PERBANKAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3351
Aspek undang-undang berkaitan dengan semua bank akan dikaji. Prinsip-prinsip undang-undang berkaitan dengan cek, nota janji hutang, suratcara bolehniaga, hubungan bank dan pelanggan, surat-surat dagangan, 'banker's lien security' dan dokumentari kredit adalah di antara tajuk khusus.

MGM 3365 UNDANG-UNDANG PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3351
Topik-topik khas berkenaan undang-undang perdagangan antarabangsa secara keseluruhannya akan memberi gambaran yang lengkap tentang kontrak antarabangsa dan tanggungjawab serta hak pihak-pihak kepada urusan kontrak tersebut. Proses mewujudkan urusan perdagangan antarabangsa akan dikaji dari peringkat awalnya hinggalah ke peringkat di mana urusan ini disempurnakan dan dibiayai.

MGM 3411 SISTEM DAN STRUKTUR PERNIAGAANTAN Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECO3100
Kursus ini merangkumi prinsip pengurusan asas, aspek gelagat manusia dalam pengurusan, perancangan jangka panjang untuk pertumbuhan, isu-isu semasa dalam pengurusan perniagaantani dan penggunaan prinsip pengurusan untuk menganalisa sistem dan struktur perniagaantani, struktur pasaran, letakharga oligopoli, innovasi teknologi dan dasar perniagaantani.

MGM 4104 KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MTH 3004 dan MGM 2111
Kursus ini mengenalkan asas falsafah penyelidikan, konsep-konsep penyelidikan, tujuan dan kepentingan penyelidikan di dalam pengurusan perniagaan. Seterusnya, kursus akan mengenalkan jenis-jenis penyelidikan serta ciri-ciri asas penyelidikan saintifik. Proses membuat taakulan induktif dan deduktif serta kaedah hipotetiko deduktif akan dibincangkan.

Kursus ini juga membincangkan proses membuat penyelidikan, seperti kenyataan masalah, tujuan kajian, pembentukan teori, hipotesis dan rekabentuk penyelidikan. Sumber-sumber mengumpul data dan cara-caranya akan dibincangkan. Penuntut akan didedahkan kepada beberapa jenis pengukuran maklumat, masalah kesahan dan kebolehpercayaan data akan dibincangkan. Isu persampelan, analisa maklumat dan teknik-teknik yang sesuai di dalam penyelidikan pengurusan perniagaan akan juga dibincangkan seperti yang terdapat di dalam program SPSS. Kursus akan juga menitikberatkan soal bagaimana mentafsir keputusan kajian serta penulisan laporan penyelidikan. Akhir sekali, kursus akan mengenalkan pelajar cara-cara serta gaya membuat dan menulis kajian kes di dalam pengurusan perniagaan.

MGM 4124 PENGURUSAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3123
Kursus ini menekankan kepada pertimbangan-pertimbangan struktur dan proses yang harus diambilkira oleh para pengurus dalam merekabentuk program latihan dan pembangunan di peringkat mikro. Tumpuan juga diberi kepada kaedah utama yang boleh diguna untuk melatih dan membangun kakitangan di sesebuah organisasi.

MGM 4125 PENGURUSAN PAMPASAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3123
Kursus ini melihat kepada pengaruh gaji, insentif, dan faedah terhadap sikap dan tunjuk laku para pekerja, di samping membiasakan pelajar dengan strategi dan kaedah menyediakan ketiga-tiga bentuk pampasan tersebut. Ia juga menekankan pada pentingnya menyedari pengaruh dan tuntutan undang-undang terhadap keputusan-keputusan pampasan yang dibuat.

MGM 4126 PERHUBUNGAN MAJIKAN PEKERJA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3123
Kursus ini berkisar sekitar isu-isu dalam perhubungan majikan-pekerja yang lazim dihadapi oleh pengurus-pengurus perhubungan perindustrian dan pengurus-pengurus lain antara lainnya merangkumi penubuhan kesatuan sekerja, rundingan bersama, kilana, disiplin, dan pemberhentian kerja. Penekanan yang sama berat diberi kepada pendekatan mengurus hubungan majikan-pekerja dalam organisasi yang berkesatuan dan yang tidak berkesatuan.

MGM 4127 PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN PEKERJA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3123
Kursus ini menawarkan pilihan-pilihan tentang sumber-sumber dan juga kaedah-kaedah pengambilan pekerja dengan mengemukakan kebaikan dan kelemahan setiap satunya; tumpuan diberi kepada langkah-langkah yang terlibat dalam proses pemilihan kakitangan seperti penilaian borang permohonan, temuduga, ujian pekerjaan dan pemeriksaan latar belakang; perhatian juga diberi kepada beberapa isu khas seperti pengambilan pekerja asing dan kumpulan minoriti.

MGM 4128 PENGURUSAN MAKLUMAT
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 4197
Kursus ini mengenalkan isu-isu penting mengenai pengurusan teknologi maklumat (TM) di peringkat mikro (organisasi) dan makro (negara dan masyarakat). Di peringkat mikro, isu-isu pengurusan maklumat (PM) dalam organisasi termasuk pembentukan dan perlaksanaan dasar, kelebihan bersaingan dan pengurusan perubahan. Di peringkat makro, tumpuan adalah pada peranan kerajaan dan dasar awam. Kursus ini menitikberatkan PM sepertimana yang diamalkan dalam organisasi sektor awam dan swasta, dan juga dalam negara-negara terpilih termasuk Malaysia.

MGM 4136 ISU-ISU SEMASA PENGURUSAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tahun Akhir
Pelajar-pelajar akan dikehendaki mengulas tajuk/artikel yang telah dikenalpasti yang berbentuk isu-isu semasa yang penting dan berkaitan dengan pengurusan. Ia meliputi bidang social, kewangan, ekonomi dan persekitaran perniagaan. Dipentingkan ialah tumpuan terhadap penambahan ilmu serta berlakunya tambah nilai kepada yang membaca dan mendengar. Tambahan, kumpulan yang membentang dikehendaki menghantar laporan berdasarkan tajuk/atikel tersebut.

MGM 4137 DASAR SOSIAL KORPORAT
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tahun Akhir
Kursus ini mengenalkan hubungan di antara perniagaan dan masyarakat, tanggungjawab sosial, etika perniagaan dan hubungan di antara kerajaan dan perniagaan. Isu-isu kepenggunaan, ekologi dan persekitaran, dan kemasyarakatan juga dibincangkan. Juga dibincangkan termasuk aspek pengurusan dan kawalan prestasi sosial korporat.

MGM 4139 PENGURUSAN STRATEGI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3161, MGM 3211 dan ACT 3211
Kursus ini menekankan kepada pengurusan am. Ia akan menumpukan kepada keadaan perniagaan secara menyeluruh, yang melibatkan berbagai-bagai bidang pengkhususan di dalam pengurusan seperti perakaunan, kewangan, pemasaran dan pengeluaran. Pendekatan kursus ini adalah sebagai pengurus besar yang bertanggungjawab ke atas satu atau beberapa unit perniagaan.

MGM 4144 PENGURUSAN KUALITI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 4147
Kursus ini mengandungi teori-teori kualiti dan kawalan kualiti serta penggunaan komputer di dalam menjalankan pengurusan kualiti.

MGM 4147 PENGURUSAN OPERASI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 2111 dan MGM 3161
Kursus ini membincangkan peranan strategi pengurusan operasi dan bagaimana ianya bertindakbalas dengan fungsi-fungsi organisasi yang lain. Peranan dan fungsi seorang pengurus operasi akan dibincangkan dengan terperinci dan masalah serta isu-isu yang dihadapinya juga akan ditekankan. Prinsip-prinsip operasi yang terbukti untuk mengatasi masalah-masalah tersebut akan ditunjukkan.

MGM 4148 PENILAIAN DAN PENGURUSAN PROJEK
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 2111, MGM 4144, dan ACT 3211
Prosedur-prosedur serta kaedah-kaedah penilaian dan pengurusan projek. Penilaian kewangan akan diberi penekanan sungguhpun teknik-teknik lain seperti analisis ekonomi, analisis kos/faedah dan lain-lain akan turut dibincangkan. Kursus ini juga akan menitikberatkan teknik-teknik menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan kajian kes dan perbincangan berkumpulan. Teknik PERT/CPM yang dianggap sebagai suatu alat pengurusan projek juga akan dibincang. Kursus ini juga akan meliputi elemen-elemen dalam pengurusan projek, sistem jaringan maklumat yang bersepadu serta penyelenggaraan projek untuk menjamin keberkesanan perancangan, pengorganisasian dan perlaksanaan.

MGM 4154 PENGURUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3211, MGM 3211
Tujuan kursus ini adalah membekalkan pelajar dengan satu asas yang kukuh di dalam memahami perniagaan antarabangsa. Melalui kursus ini pelajar sepatutnya berupaya membentuk dan mengasahkan lagi kemahiran untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya.

MGM 4155 PENGURUSAN RENTAS BUDAYA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini memperkenalkan konsep pengurusan bandingan, teori-teori dan model pengurusan bandingan. Pengaruh budaya, komunikasi antara budaya dan pengurusan berbilangan budaya juga dibincangkan. Penumpuan dan penyerakan negara-negara dan peralihan rentasan budaya juga dibincangkan

MGM 4174 PENGURUSAN PERKHIDMATAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Kursus ini membincangkan sektor perkhidmatan, menganalisa dan merangka organisasi perkhidmatan. Isu-isu pengurusan perkhidmatan terkhusus akan turut dibincangkan. Tumpuan diberikan kepada isu-isu organisasi dan bagaimana menyatukan bidang pemasaran, operasi dan sumber manusia.

MGM 4177 PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 2111
Kursus ini meliputi pelbagai bentuk risiko, teori risiko, dan prinsip insurans. Konsep kepentingan boleh insurans, kejujuran mutlak, sebab hampiran, indemniti, subrogasi dan sumbangan, pengkelasan insurans dan pasaran insurans akan dibincangkan.

MGM 4178 PENGURUSAN FRANCAIS
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Kursus ini membincangkan konsep dan perkembangan francais, rancangan francais, francais dan perundingan, memaju perniagaan francais, lokasi dan pemilihan tempat, pengurusan, pengorganisasian dan pentadbiran dasar francais, perakaunan dan kewangan, mengendali perniagaan francais, sokongan dan latihan daripada pembeli francais, mencari peluang francais membiayai francais, pemasaran dan perniagaan francais, hak-hak pembeli penerima francais dan francais di peringkat antarabangsa.

MGM 4183 KEUSAHAWANAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 2111
Kursus ini akan meliputi pengenalpastian, pembangunan dan fungsi seorang usahawan di dalam sebuah sistem pasaran bebas. Gaya hidup seorang usahawan akan juga diselidiki dari segi dorongannya, orientasi antara seseorang, tanggapan peranan, pengalaman berkaitan dengan kerja dan penyediaannya, dan faktor lain-lain yang berkaitan dengan keberkesanan-pengusahawan di dalam konteks perusahaan kecil. Ciri-ciri semulajadi pengurusan-pengusahawan dan kaitannya dengan kecerdasan dan kejayaan aktiviti perniagaan akan juga dikaji. Berbagai kajian bersejarah dan semasa mengenai usahawan sebagai 'mungkin' di dalam pembangunan ekonomi akan diselidiki. Akhir sekali kursus ini akan mengkaji peranan usahawan di dalam kerajaan, perdagangan dan perindustrian.

MGM 4184 PENGURUSAN PERNIAGAAN KECIL
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : MGM 2111
Kursus in meliputi kepentingan dan peranan sektor perusahaan kecil dalam ekonomi Malaysia; ciri-ciri usahawanan dan teori kewujudan keusahawanan; peluang-peluang dan masalah yang dihadapi oleh perusahaan-perusahaan baru, fungsi pengurusan usahawan kecil dan mengkaji bagaimana teori dan prinsip pengurusan yang diamalkan oleh perusahaan besar juga sama untuk perusahaan kecil, kecuali pendekatan perlaksanaanya sahaja yang berlainan.

MGM 4187 PENGURUSAN USAHANIAGA BARU
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 2111, MGM 3211 dan ACT 3211
Kursus ini akan membincangkan asas-asas penting berkenaan dengan pengujudan dan penilaian, sifat dan ciri-ciri usahaniaga baru. Di antara tajuk-tajuk yang dititikberatkan termasuklah perancangan dan pengurusan, pertumbuhan dan menyelamat usahaniaga baru. Bidang kursus ini juga meliputi aspek-aspek pembiayaan usahaniaga baru.

MGM 4188 PERUNDINGAN PERNIAGAAN KECIL
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 2111
Kursus ini adalah merupakan suatu pendekatan alternatif di dalam memberi khidmat bantuan dan nasihat pengurusan yang menyeluruh kepada peniaga kecil. Ia berasaskan penyatuan teori-teori pengurusan yang dipelajari secara formal dan melalui perniagaan yang sebenarnya. Kursus ini juga akan memberikan penekanan kepada proses perundingan terutamanya tentang cara menyediakan laporan perundingan dan rancangan perniagaan.

MGM 4197 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN I
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 2111, MGM 2191 dan MGM 3113
Merangkumi teori-teori komunikasi di dalam organisasi psikologi pemerosesan maklumat manusia, sains pembuatan keputusan dan model-model asas di sebalik sistem maklumat, sistem-sistem sokongan, penentuan-penentuan keperluan maklumat, dan pembangunan, perlaksanaan, dan pengurusan sumber-sumber sistem maklumat.

MGM 4198 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN II
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 4197
Kursus ini mengenalkan isu-isu penting mengenai pengurusan teknologi maklumat (TM) di peringkat mikro (organisasi) dan makro (negara dan masyarakat). Di peringkat mikro, isu-isu pengurusan maklumat (PM) dalam organisasi termasuk pembentukan dan perlaksanaan dasar, kelebihan bersaingan dan pengurusan perubahan. Di peringkat makro, tumpuan adalah pada peranan kerajaan dan dasar awam. Kursus ini menitikberatkan PM sepertimana yang diamalkan dalam organisasi sektor awam dan swasta, dan juga dalam negara-negara terpilih termasuk Malaysia.

MGM 4204 PEMASARAN PERKHIDMATAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Kursus ini menggariskan makna dan konsep asas pemasaran perkhidmatan berbanding dengan pemasaran barangan ketara. Ini meliputi ciri-ciri unit pemasaran perkhidmatan (cth. Ketidakketaraan, ketidakbolehpisahan, ketererogenan, dan mudah rosak), pertimbangan pada kelakuan pengguna dan etika yang berkaitan dengan proses penyediaan perkhidmatan. Tajuk berkaitan dengan pengurusan perkhidmatan seperti isu-isu proses, rekabentuk fizikal firma, dan manusia [penawaran kerja, latihan, pemberian kuasa dan pengurusan penggguna perkhidmatan (3P)] sebagai tambahan kepada 4P asal (produk, harga, tempat dan promosi) akan dibincangkan. Penilaian proses penyerahan perkhidmatan berhubung dengan konseptual dan pengukuran yang berkaitan dengan kepuasan pengguna dan kualiti perkhidmatan, strategi penahanan pelanggan, kegagalan perkhidmatan dan analisa pemulihan, serta transformasi firma dari pendekatan pengurusan industri tradisional kepada pendekatan pengurusan tertumpu-pasaran akan dipersembahkan. Di samping itu isu-isu seperti budaya organisasi, perekaan organisasi tidak berkelim, dan pengenalan audit perkhidmatan juga akan dibincang.

MGM 4214 PENGURUSAN PEMASARAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 4214
Marketing and the concepts of planning and strategy, strategic marketing and marketing management will be discussed. Discussion will also involve analyzing market opportunities {environment, consumer market, organizational market, competitors}, researching and selecting target market {marketing information system, marketing research, measuring and forecasting demand}, designing marketing strategies {products, pricing, distribution, and communication and promotional}, and organizing implementing, and controlling marketing effort.

MGM 4219 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Panduan yang praktikal untuk pembuatan keputusan pemasaran dan pembangunan strategi pemasaran mengambilkira pendekatan antara disiplin (bidang). Liputan adalah global, topikal dan tertumpu. Tajuk-tajuk meliputi analisis strategik; penggubalan, perlaksanaan dan kawalan strategi; dan strategi-strategi pemasaran.

MGM 4239 STRATEGI PEMASARAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211 dan MGM 4214
Penelitian terhadap beberapa teori pemasaran dan bukti asasnya. Tumpuan adalah terhadap peranan pemasaran, teori memasuki pasaran, pembangunan dan pengurusan produk, kelakuan pengguna, pemetakan dan teori peramalan. Beberapa pendekatan pembuatan keputusan dan kegunaannya dalam bidang khusus pemasaran seperti penentuan harga, pengagihan, promosi dan lain-lain termasuklah pemasaran langsung, pemasaran antarabangsa, pemasaran perkhidmatan, pemasaran perindustrian dan pemasaran bukan untung. Mengenalpasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran dan pembuatan keputusan pemasaran terutamanya konstren perundangan, peraturan pemasaran, isu-isu etika dan persekitaran. Lebih tepat lagi, kursus ini akan menyatukan apa yang telah dipelajari di semester terdahulu, membina pengetahuan teori dan pembuatan keputusan pemasaran, dan meningkatkan kemahiran menganalisis pelajar.

MGM 4224 PEMASARAN LANGSUNG
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Aspek-aspek penting pemasaran langsung meliputi saiz dan skop industri pemasaran langsung. Tawaran, perancangan dan peletakan. Pemikiran senarai dan pemetakan; strategi kreatif dan perlaksanaan; teknik-teknik pemasaran langsung tertentu termasuklah penyasaran pemasaran dengan menggunakan pengkalan data. Media pemasaran langsung meliputi kempen melangsung, pemasaran katalog, pemasaran telefon, pembangunan masa depan dan implikasi terhadap Malaysia.

MGM 4254 PENGURUSAN PERUNCITAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Peranan pentadbir jualan sebagai seorang eksekutif pemasaran profesional. Permasalahan perancangan organisasi dan kawalan jualan, perumusan dasar jualan dan pengurusan tenaga kerja jualan. Permasalahan kedai-kedai runcit; prinsip-prinsip dan amalan penetapan dasar, belian dan jualan, organisasi dan pengurusan-pengurusan kedai runcit.

MGM 4264 PENYELIDIKAN PEMASARAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211 dan MGM 3162
Teori asas dan prosidur-prosidur yang sesuai untuk mengenalpasti dan menyelesaikan berbagai masalah pemasaran dalam konteks organisasi perniagaan dan model-model keputusan. Rekabentuk penyelidikan; pengumpulan data; penganalisaan dan persembahan data juga akan dibincang.

MGM 4273 PEMASARAN ANTARABANGSA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Kajian ke atas perbezaan di dalam pemasaran berasaskan ekonomi antarabangsa. Analisa yang sistematik ke atas faktor-faktor persekitaran yang bertanggungjawab ke atas ketidak-seragaman pasaran, penyelidikan pemasaran, dan harga serta polisi barangan. Ianya juga meliputi penyelasaran fungsi-fungsi pemasaran secara antarabangsa dengan menitikberatkan komoditi-komoditi asas negara.

MGM 4274 SISTEM PENGEDARAN ANTARABANGSA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Aspek-aspek penting tentang perniagaan antarabangsa iaitu dari aspek sistem pengedaran, proses pengedaran termasuk dokumentasi, memahami fungsi agen pengangkutan, sistem pengangkutan antarabangsa dan pengurusan barangan sebelum dan selepas diangkut.

MGM 4284 PENGURUSAN PROMOSI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Kertas ini menekankan perancangan, pembentukan, penggunaan dan pengurusan promosi untuk sebuah syarikat. Pendekatan yang digunakan adalah menyeluruh dan merangkumi aspek-aspek penyelidikan promosi, kreativiti dalam promosi dan pengurusan media.

MGM 4297 PENGURUSAN PRODUK
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Kursus ini membincangkan dasar keluaran (produk), kitaran hayat produk, perletakan produk, analisa portfolio, perancangan produk, proses perkembangan produk, rekabentuk produk, pemasaran dan ramalan, pengorganisasian dan isu-isu semasa yang berkaitan.

MGM 4311 UNDANG-UNDANG TRASAKSI ISLAM
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3351
Kursus ini mendedahkan prinsip-prinsip umum undang-undang Syari'ah yang ada kaitan dengan penubuhan dan pengurusan sesuatu jenis perniagaan. Tinjauan khusus diberi terhadap undang-undang kontrak Islam (A'qad) bertujuan untuk memahami asas perhubungan antara pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga Islam. Penekanan juga diberi terhadap konsep halal haram dalam Islam. Penekanan juga diberi terhadap konsep halal dan haram dalam Islam. Di samping itu penekanan juga diberi terhdap beberapa urusniaga penting dalam Islam seperti al-bai,' al-waklah, al-ijarah, al-syarikah, dan al-mudharabah.

MGM 4312 UNDANG-UNDANG PENGURUSAN HARTA ISLAM
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3351
Kursus ini meberikan pelajar maklumat asas pengurusan harta mengikut prinsip Islam. Penekanan diberikan terhadap konsep dan prosedur dari sudut pandangan Islam. Pelajar juga akan didedahkan dengan prosedur penukaran hak milik harta dengan penjelasan konsep al-wassiyyah, al-wagf, al-hibah dan al-syuf’ah.

MGM 4313 UNDANG-UNDANG BANK ISLAM DAN TAKAFUL
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3351
Kursus ini mendedahkan prinsip umum undang-undang yang ada kaitan dengan perbankan Isalm dan Takaful. Tinjauan khusus diberi terhadap konsep dan modus operandi perbankan Islam serta takaful seperti yang diamalkan di Malaysia. Beberapa bentuk dokumentasi perundangan berkaitan akan ditekankan bertujuan untuk melihat kesan perundangan tersebut terhadap undang-undang sivil Malaysia. Kursus ini juga akan melihat perkembangan perbankan Islam serta takaful di beberapa negara Islam lain.

MGM 4321 UNDANG-UNDANG SYARIKAT
Kredit : 4
Prasyarat : MGM 3351
Kursus ini membentangkan prinsip undang-undang mengenai pembentukan, pengurusan dan perjalanan syarikat serta proses pembubaran dan kesan-kesan pembubarannya.

MGM 4351 UNDANG-UNDANG FRANCAIS
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MGM 3351
Aspek undang-undang berkaitan dengan francais akan dikaji di samping memahami francais sebagai salah satu cara pengedaran barangan dan perlaksanaan servis. Ianya akan meliputi pemahaman takrif dan perjanjian francais, perkara-perkara yang dilindungi, persaingan, tugas dan tanggungjawab pemberi francais dan penerima francais, cukai francais dan francais antarabangsa.

MGM 4199A CADANGAN KERTAS PROJEK
Kredit : 2 (0 + 2)
Prasyarat : Tahun Akhir
Cadangan Kertas Projek ini membolehkan pelajar memberi penumpuan terhadap topic kajian yang berkaitan bidang pengurusan dan pemasaran. Ianya akan disediakan di bawah pengawasan.

MGM 4199B KERTAS PROJEK
Kredit : 4 (0 + 4)
Prasyarat : MGM 4199A
Kursus ini adalah lanjutan Cadangan Kertas Projek, MGM 4199A yang mana pelajar dikehendaki menyiapkan penyelidikan mereka di akhir semester. Projek ini disediakan di bawah pengawasan.
          Soalan Lazim         
          Maklumbalas         
          Statistik Web         
           Peta Laman          
             AJK Web            

Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan atau kerosakan disebabkan daripada penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.


Anda pelawat ke:

Tarikh kemaskini:
24 Mei 2012 (12:02:52 ptg)


Hakcipta © 2008 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM. Semua hakcipta terpelihara.