|
SINOPSIS KURSUS PRASISWAZAH
Jabatan :
Perakaunan dan Kewangan
|
Ekonomi
|
Hospitaliti dan Rekreasi
|
Pengurusan dan Pemasaran
Jabatan Ekonomi
ECN 3003 PRINSIP MIKROEKONOMI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini menekankan kepada masalah asas ekonomi, sistem ekonomi: kapitalisme, komunisme, ekonomi campuran, ekonomi Islam. Permintaan, penawaran dan keanjalan; teori permintaan dan firma; penentuan harga dan output dalam persaingan sempurna, persaingan tidak sempurna: monopoli, persaingan bermonopoli, oligopoli, permintaan dan penawaran faktor pengeluaran.
ECN 3005 PRINSIP MAKROEKONOMI
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Tiadae
Kursus ini menjelaskan konsep perakaunan pendapatan negara, penentuan pendapatan keseimbangan; pengganda, dasar fiskal dan hutang awam; sistem bank, penciptaan kredit, dasar monetari, inflasi dan pengangguran; perdagangan dan kewangan antarabangsa.
ECN 3100 PRINSIP EKONOMI
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Tiada
Pengenalan kepada konsep asas ekonomi, permintaan, penawaran dan penentuan harga, peranan kerajaan dalam ekonomi negara, pendapatan negara, penentuan pendapatan negara serta pengedarannya, komposisi dan penentuan harga pengeluaran negara, agihan faktor-faktor pengeluaran. Perdagangan dan kewangan antarabangsa. Analisis masalah ekonomi semasa.
ECN 3101 MIKROEKONOMI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN 3100
Kursus ini menumpukan kepada teori asas tentang gelagat pengguna dan firma, bentuk serta organisasi pasaran seperti pasaran persaingan sempurna, monopoli, duopoli, oligopoli dan persaingan monopolistik; dan kes-kes kegagalan pasaran dan campurtangan kerajaan dalam pasaran-pasaran tersebut. Teori "game" akan diperkenalkan.
ECN 3102 MAKROEKONOMI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN 3100
Kursus ini membincangkan dengan mendalam teori penentuan pendapatan negara dan gunatenaga, inflasi dan pengangguran, dasar fiskal dan monetari untuk menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi
ECN 3103 MIKROEKONOMI I
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN 3003
Kursus ini membincangkan teori gelagat pengguna dan firma dengan menggunakan model dan kaedah teori mikroekonomi moden. Topik-topik perbincangan meliputi; utiliti pengguna dan teori permintaan; fungsi-fungsi pengeluaran dan kos; struktur pasaran; persaingan sempurna, monopoli dan monopsoni, duopoli dan oligopoli, dan pasaran monopolistik. Di samping itu, kursus ini akan memperkenalkan teori alokasi sumber yang cekap, ekonomi bidangan dan perubahan teknologi.
ECN 3104 MIKROEKONOMI II
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN 3103
Kursus ini memberi penekanan kepada teori mikroekonomi berkaitan dengan pasaran input, analisis keseimbangan umum, ekonomi kebajikan dan ekonomi politik. Kursus ini juga membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan pilihan selang-masa dan membuat keputusan yang melibatkan risiko.
ECN 3105 MAKROEKONOMI I
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN 3005
Penganalisisan perakaunan pendapatan negara; pasaran barang, aset, dan buruh; pusingan perniagaan; inflasi dan pengangguran; dan dasar monetari dan fiskal untuk kestabilan dan pertumbuhan ekonomi.
ECN 3106 MAKROEKONOMI II
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN 3105
Kursus ini adalah lanjutan dari kursus Makroekonomi I. Ia menumpukan kepada pengolahan secara mendalam tentang teori dan kajian empirikal berkenaan dengan teori penggunaan, teori pelaburan, teori permintaan dan penawaran wang; jangkaan rasional, kitaran perniagaan; teori pertumbuhan ekonomi; dan model makroekonomi.
ECN 3107 SISTEM EKONOMI BERBANDING
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3103 atau ECN 3105
Kursus ini membincangkan organisasi, operasi dan prestasi sistem-sistem ekonomi yang ada secara teori dan amali.Perbandingan daripada aspek pengeluaran barangan dan perkhidmatan, peruntukan sumber dan agihan pendapatan akan dibuat di antara sistem-sistem ekonomi, sistem pasaran sosialis, kapitalis, ekonomi Islam dan ekonomi perancangan pusat
ECN 3111 SEJARAH PEMIKIRAN EKONOMI
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN 3005 atau ECN 3102
Kursus ini menghuraikan evolusi ilmu ekonomi sejak 1500 sehingga masa kini. Idea-idea utama dalam Mercantilist, Physiocratic, Classical, Marginalist, Neoclassical, Keynesian dan Chicago Schools akan dikaji. Perhatian akan diberikan terhadap perubahan dalam pemikiran dan polisi ekonomi yang disebabkan oleh masalah-masalah sosial dan ekonomi. Pengetahuan dalam sejarah pemikiran ekonomi akan menjadikan pelajar lebih peka terhadap teori-teori dan masalah-masalah ekonomi masa kini.
ECN 3112 PENGENALAN KEPADA EKONOMI ISLAM
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN3003 atau ECN3100
Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian 1 membincangkan isu-isu utama yang menyebabkan perlunya diujudkan satu disiplin ekonomi yang lain daripada ekonomi konvensional: termasuk perkara-perkara berhubung falsafah ekonomi, kaedah, akhlak (etika) dan akidah Islam. Bahagian II menghuraikan prinsip-prinsip Ekonomi Islam: termasuk penggunaan, pengeluaran, pengagihan, kewangan, belanjawan dan pembangunan.
ECN 3120 STATISTIK EKONOMI DAN PERNIAGAAN
Kredit : 4(4+0)
Prasyarat : MTH 3003
Kursus ini menekankan kepada prinsip dan penggunaan statistik di dalam konteks pengurusan perniagaan dan ekonomi. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah pensampelan, taburan pensampelan, penganggaran, pengujian hipotesis, ujian Chi kuasa dua, analisis varians, kaedah statistik tak berparameter, regresi linear mudah dan korelasi, regresi berbilang, model-model regresi berbilang, analisis siri masa dan unjuran, nombor-nombor indeks dan analisis keputusan.
ECN 3121 EKONOMI MATEMATIK
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MTH 3004
Kursus ini menekankan kepada penggunaan teknik-teknik matematik yang tertentu dalam menganalisis masalah ekonomi. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah kalkulus pembezaan, kalkulus kamiran, algebra matrik dan pengaturcaraan linear. Perbincangan setiap tajuk akan berkisar tentang penyelesaian ke atas masalah ekonomi yang tertentu.
ECN 3141 WANG DAN PERBANKAN
Kredit : 3
Prasyarat : ECN 3102 atau ECN 3105
Kursus ini menekankan kepada peranan wang dan kredit dalam ekonomi; sistem kewangan: institusi kewangan, alat kewangan, pasaran kewangan dan teori kadar faedah; teori gelagat bank dan teori peraturan; pengurusan dan prestasi bank; peranan bank pusat; proses penawaran wang dan dasar monetari.
ECN 3161 EKONOMI MALAYSIA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Struktur-struktur ekonomi Malaysia dalam konteks teori-teori ekonomi pembangunan - terutama sekali di dalam konsep "Negara-negara yang sedang membangun", "Ekonomi Pertanian", "Dualisma Ekonomi", dan dari segi bantuan daripada sektor-sektor perdagangan terhadap pembangunan.
ECN 3311 EKONOMI SUMBER ASLI
Kredit : 3 (3 + 0)
Prasyarat : ECN 3101 atau ECN 3104
Kursus ini membincangkan asas teori modal, teori penghausan sumber tidak boleh baharui, penggunaan optimum sumber boleh baharui dan kontroversi kekurangan.
ECN 4107 EKONOMI MAKLUMAT
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3003 atau ECN 3101
Kursus ini menyediakan pengenalan asas kepada ekonomi maklumat. Kursus dimulakan dengan perspektif makro maklumat: definisi dan ruang lingkup "ekonomi maklumat" dan bagaimana struktur pekerjaan dan industri berubah kerananya. Fokus seterusnya menjurus kepada aspek mikro ekonomi maklumat, maklumat sebagai faktor pengeluaran dan produktiviti dalam sektor perkhidmatan, kos dan faedah maklumat, pengangkutan maklumat dalam rangkaian, kandungan maklumat, pasaran maklumat, pasaran pengkomputeran, dan hak milik maklumat.
ECN 4121 EKONOMETRIK
Kredit : 4(4+0)
Prasyarat : ECN 3120
Pernyataan masalah regresi dan penerangan yang menyeluruh mengenai Andaian-andaian model linear. Tajuk-tajuk yang dibincangkan termasuklah pekali pertalian, sandaran secara linear, model regresi yang mempunyai pembolehubah patung, autopertalian dan kolineariti berbilang, teknik kuasa dua terkecil umum, persamaan serentak: penyamaan dan pentaksiran.
ECN 4123 ANALISIS SIRI MASA
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4121
Tajuk yang dibincang termasuk proses-proses siri masa dan stokastik, fungsi autokorelasi, model linear untuk proses stationary, proses purata bergerak; model linear tak tetap; pengecaman model, penganggaran dan pengesahan.
ECN 4124 KAEDAH PENYELIDIKAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN 3100 dan ECN 3120
Kursus ini membincangkan kaedah saintifik sebagai satu strategi penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu masalah ekonomi di alam nyata. Di samping itu kursus ini juga memberi pendedahan tentang penggunaan komputer dalam pemprosesan data bermula dari cara menginput data hingga ke interpretasi keputusan analisis.
ECN 4125 PENYELIDIKAN OPERASI
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3121 dan ECN 4121
Kursus ini menekankan pada pemprograman linear, serta beberapa aplikasi-aplikasi penting seperti masalah pengangkutan. Kursus ini juga merangkumi teori penyelidikan operasi yang lain khususnya, pemprograman matlamat, pemprograman integer dan programan tidak linear.
ECN 4141 EKONOMI KEWANGAN
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3141
Kursus ini menekankan kepada teori permintaan dan penawaran wang. Sektor kewangan di dalam makroekonomi - model statik dan dinamik. Hubungan antara wang dengan inflasi, pengangguran, imbangan pembayaran, kadar tukaran asing dan kadar faedah. Teori pembuat dasar awam. Alat dasar bank pusat dan keberkesanan dasar monetari. Kajian ekonometrik terhadap sektor kewangan.
ECN 4149 ISU SEMASA EKONOMI KEWANGAN
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4141
Perbincangan tentang perkembangan teori ekonomi kewangan. Hubungan wang dengan pengeluaran, penggunaan, pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran, kadar tukaran asing, kadar faedah dan tingkat harga. Hubungan sektor kewangan dengan pertumbuhan ekonomi negara. Kesan dan keberkesanan dasar monetari dalam sistem kewangan yang berubah. Kajian perbandingan antara negara-negara maju dengan negara-negara sedang membangun dari skop ekonomi kewangan.
ECN 4151 EKONOMI PERINDUSTRIAN I
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3003 atau ECN 3101
Organisasi dan operasi sektor perindustrian dalam ekonomi persaingan sempurna, hubungkait struktur pasaran, gelagat dan prestasi. Perbincangan dasar awam yang mempengaruhi unsur tersebut.
ECN 4152 EKONOMI PERINDUSTRIAN II
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4151
Teori dan perlaksanaan dasar awam terhadap organisasi ekonomi dan bagaimana dasar-dasar tersebut berhubung kait dengan prestasi dilihat dari paradigma struktur gelagat dan prestasi. Penilaian kajian empirikal siri masa dan keratan-rentas mengenai bukti kerasionalan campurtangan awam dalam organisasi perindustrian. Dasar harga-output dan pengecualian dari campurtangan kerajaan termasuk isu berkaitan dengan kawalan harga, segmentasi pasaran dan penggabungan. Perbincangan tentang penyatuan, dasar harta, diskriminasi dalam pengagihan, amalan dagangan tidak adil; dan kecekapan undang-undang dan dasar antitrust.
ECN 4153 EKONOMI BURUH
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3003 atau ECN 3005
Perbincangan kursus ini tertumpu kepada teori berkaitan dengan permintaan dan penawaran buruh; penentuan kadar upah dan guna tenaga; kesatuan sekerja dan tawar-menawar kolektif; dasar kerajaan bersabit dengan upah dan pampasan; perhubungan industri dan perhubungan buruh, dan program pendidikan dan tenaga manusia.
ECN 4155 UNDANG-UNDANG DAN EKONOMI
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan semua aspek berkaitan dengan undang-undang dalam aktiviti ekonomi meliputi undang-undang harta, undang "Landlord-Tenant", undang-undang jenayah, undang-undang alam sekitar dan undang-undang anti-monopoli.
ECN 4159 ISU SEMASA EKONOMI PERINDUSTRIAN
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4152
Penilaian organisasi perindustrian, struktur pasaran, perlakuan dan prestasi.
ECN 4161 EKONOMI WILAYAH
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3104
Pengenalan kepada teori ekonomi letakan dan ekonomi 'angglomeration'. Pentingnya pertumbuhan sesebuah daerah dan teori letakan, model neo-klasik bagi menerangkan pergerakan modal dan buruh disebabkan perbezaan kadar perkembangan modal dan upah, persoalan taburan penduduk di kawasan pada masa hadapan dan saiz bandaraya.
ECN 4163 PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI I
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN 3102 atau ECN 3105
Kursus ini menjelaskan konsep pembangunan daripada perspektif dalaman dan sejagat, kepada konsep pembangunan serta ciri-ciri negara membangun dan petunjuk ekonomi dan pembangunan sosial, teori pembangunan seperti teori Pertumbuhan Berperingkat Rostow, Harrod-Domar, Model Buruh Berlebihan Arthur Lewis serta Kajian Empiris Chenery dan juga Kajian Perbandingan Sejarah Pertumbuhan Negara Maju. Pelajar juga akan mengkaji masalah kemunduran negara secara khusus seperti kemiskinan, ketidakseimbangan, pendapatan dan produktiviti rendah, pertumbuhan penduduk, penghijrahan dsbnya. Analisis sektor: pertanian dan industri; perspektif pembangunan dari sudut Islam.
ECN 4164 PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI II
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4163
Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan mengenai proses penggubalan kandungan serta perlaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun. Pelan Induk Perindustrian, Dasar Pertanian Negara, Rangka Rancangan Jangka Panjang dan Wawasan 2020. Ia juga memberi pendedahan kepada fungsi, peranan dan operasi agensi-agensi pembangunan termasuk Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan-Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perkhidmatan Haiwan, FELDA, RISDA, FELCRA, Bank Negara dan Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU). Pelajar juga akan diberi latihan merangka, menyedia dan membentang kertas-kertas kerja mengenai topik-topik terpilih mengenai perancangan dan pembangunan.
ECN 4169 ISU SEMASA PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4164
Kursus ini bertujuan melatih pelajar mengulas, menilai dan mengkritik secara objektif dan rasional penulisan dan pendapat mengenai perancangan dan pembangunan. Ia juga memberi pengetahuan mendalam mengenai isu dan masalah ekonomi di negara-negara terpilih dan langkah-langkah penyelesaian alternatif, dengan menggunakan pengalaman dan contoh beberapa negara terpilih. Akhir sekali ia akan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang-bidang pembangunan baru seperti pembangunan berterusan, pembangunan berasaskan penyertaan dan perancangan bawah ke atas.
ECN 4171 PEMBIAYAAN AWAM I
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN 3101, ECN 3104, dan ECN 3105
Perbincangan rasional ekonomi bagi aktiviti kerajaan, isu kecekapan peruntukan sumber awam; perbandingan barang awam dan barang persendirian, pilihan awam dan proses politik, kaedah-kaedah penilaian perbelanjaan kerajaan dan pembiayaan awam.
ECN 4172 PEMBIAYAAN AWAM II
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4171
Rangka teori bagi analisis pencukaian dibina. Berbagai jenis cukai dinilai dalam rangka ini. Perbincangan juga meliputi isu-isu dasar awam seperti persekutuan fiskal dan hutang kerajaan. Aspek utama pembiayaan pembangunan dikaji semula.
ECN 4179 ISU SEMASA PEMBIAYAAN AWAM
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4172
Tajuk-tajuk kursus meliputi isu-isu semasa dibidang sektor awam, terutamanya yang berkaitan dengan negara-negara membangun, letak harga barangan awam, kos pencemaran, ekonomi kebajikan, insuran sosial dan lain-lain lagi.
ECN 4181 EKONOMI ANTARABANGSA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ECN3101, ECN3102 atau ECN 3103, ECN 3105
Kursus ini membincang teori perdagangan antarabangsa: faedah mutlak dan berbanding model Hecksher-Ohlin,dan model lain; halangan tarif dan bukan tarif; integrasi ekonomi; perdagangan dan pembangunan ekonomi; masalah imbangan pembayaran dan penyelesaian; pasaran tukaran asing; dan sistem kewangan dunia.
ECN 4182 PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4181
Kursus ini membincangkan teori perdagangan antarabangsa, dasar perdagangan: tarif dan halangan bukan tarif; Organisasi Perdagangan Dunia (WTO); kawalan barangan utama: stok penimbal, perjanjian antarabangsa; integrasi ekonomi; perdagangan dan pembangunan ekonomi.
ECN 4183 KEWANGAN ANTARABANGSA
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4181
Teori tukaran asing; spekulasi tukaran asing; pengaliran modal; mekanisme mengimbang imbangan pembayaran; pengurangan nilai mata wang; dasar fiskal dan monetari; kawalan kadar pertukaran; pengaruh ekonomi dunia terhadap ekonomi tempatan; dan sistem kewangan antarabangsa.
ECN 4189 ISU-ISU SEMASA EKONOMI ANTARABANGSA
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4182 dan ECN 4183
Kursus ini membincangkan secara kritikal tentang masalah ekonomi antarabangsa, terutamanya bersabit dengan dasar perdagangan: halangan tarif dan bukan tarif, kawalan komoditi utama, stok penimbal, perjanjian komoditi antarabangsa, GATT, integrasi ekonomi termasuk blok perdagangan; masalah imbangan pembayaran dan kadar pertukaran, krisis hutang dan pertumbuhan ekonomi.
ECN 4233 PASARAN SERAHAN HADAPAN DAN OPSYEN
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : MGM 3211 atau setara
Kursus ini membincangkan konsep perdagangan serahan hadapan, basis harga tunai dan serahan hadapan, analisis asas dan teknikal, opsyen ke atas serahan hadapan komoditi, strategi utama urusniaga opsyen, strategi harga dan pengurusan risiko dalam membuat keputusan pelaburan
ECN 4311 PERANCANGAN DAN PENILAIAN PROJEK
Kredit : 3 (3 + 0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan teori dan teknik-teknik dalam perancangan, perhubungan antara perancangan pada peringkat mikro/projek dan peringkat makro/sektor, kitaran projek dan analisis projek dari segi ekonomi, kewangan, komersial dan sosial. Teknik-teknik penilaian projek, kaedah tradisional dan kaedah pendiskaunan juga akan dibincangkan bersama-sama penggunaan harga perakaunan ekonomik dan sosial dan isu-isu dalam perancangan dan penilaian projek.
ECN 4312 DASAR SUMBER ASLI
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3104
Kursus ini membincangkan kerelevanan polisi-polisi sumber asli di dalam perancangan dan pengurusan sumber asli. Tumpuan adalah kepada sumber-sumber boleh baharui seperti sumber perikanan dan perhutanan dan sumber-sumber tidak boleh baharui seperti sumber galian dan tenaga. Pembangunan yang mapan dan perkaitan pembangunan sumber-sumber asli dengan alam sekitar juga diberi penekanan. Masalah di dalam perumusan polisi sumber asli di Malaysia dan implikasinya terhadap kebajikan masyarakat juga dibincang.
ECN 4313 UNDANG-UNDANG SUMBER ASLI
Kredi : 3(3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini memperkenalkan undang-undang berkaitan dengan pengurusan dan kawalan sumber-sumber asli. Perhatian khusus diberikan kepada tanah, hutan, lombong dan perikanan. Asas-asas pembahagian kuasa terhadap sumber asli dalam konteks federalisme dikaji begitu juga konflik antara hak sendirian dan hak masyarakat terhadap sumber-sumber asli.
ECN 4321 EKONOMI TANAH
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3103
Tanah sebagai satu faktor yang unik; sumber tanah dan klasifikasi penggunaan tanah. Ekonomi pengunaan tanah; Kecekapan dan distribusi. Nilai tanah pertanian: Teori sewa Ricardo; teori location. Pemegangan tanah dan peruntukan sumber; reformasi tanah dan isu-isunya. Kawalan tanah dan perancangan.
ECN 4322 EKONOMI SUMBER AIR
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3311
Menyorot semula pembangunan sumber air dari perspektif sejarah, ekonomi dan politik. Ekonomi pengairan: termasuk menganggar permintaan air untuk pertanian dan masalah dalam menilai projek-projek pembangunan sumber air. Lain-lain topik termasuk pencemaran air, letak harga air, pembangunan lembah sungai dan undang-undang sumber air.
ECN 4323 EKONOMI PERIKANAN
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3311
Ulangkaji perikanan kebangsaan dan antarabangsa. Perikanan dan pembangunan ekonomi Malaysia. Prinsip-prinsip dan teori-teori asas untuk penangkapan, pengurusan dan pemeliharaan yang rasional bagi sumber-sumber perikanan. Perbandingan kecekapan cara-cara pengawalan yang berlainan bagi sesuatu perikanan untuk mencapai matlamat pengurusan perikanan, iaitu mengeluarkan jumlah ikan yang betul dengan saiz yang sesuai pada kos yang paling rendah. Aspek akuakultur.
ECN 4324 EKONOMI AKUAKULTUR
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3104
Kursus ini membincangkan ekonomi pengeluaran dan pemasaran hasil ternakair di rantau ASEAN. Kursus ini juga membincang tentang jenis data dan kaedah penilaian bagi membentuk asas kajian kemungkinan projek serta keputusan-keputusan pengurusan bagi pembangunan industri akuakultur.
ECN 4341 EKONOMI ALAM SEKITAR
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3311
Kursus ini menganalisis pertalian di antara alam sekitar, ekonomi dan institusi dalam konteks ekonomi-ekosistem. Masalah kualiti alam sekitar merupakan masalah ekonomi yang mana penyelesaiannya memerlukan perubahan-perubahan di dalam sistem ekonomi, politik dan institusi. Untuk mencapai objektifnya kursus ini mendedahkan kepada pelajar teori-teori asas ekosistem, ekonomi kebajikan dan masalah kegagalan sistem pasaran dalam memperuntukkan sumber alam sekitar dengan cekap. Isu kecekapan ekonomi diberi penekanan dalam menganalisis kaedah-kaedah dan dalam membandingkan strategi-strategi pengawalan mutu alam sekitar.
ECN 4342 EKONOMI BARANGAN LUAR PASARAN
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3104
Kursus ini membincangkan asas dan rasional ekonomi untuk menilai barangan luar pasaran seperti kos sosial, faedah dan risiko pencemaran, penggunaan sumber asli dan pembangunan alam sekitar. Tumpuan akan diberi kepada konsep perbezaan penilaian individu dan sosial, pemilihan kaedah penilaian, anggaran nilai kewangan, anggaran faedah bersih sosial, anggaran nilai sosial dan analisis membuat keputusan yang rasional tanpa harga pasaran.
ECN 4343 EKONOMI PELANCONGAN DAN REKREASI
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3100 atau ECN 3311
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar penganalisisan masalah permintaan, penawaran penggunaan, pengeluaran, impak, kos dan faedah rekreasi luar dan pelancongan. Penekanan akan diberikan ke atas model dan kaedah yang mungkin berguna dalam perancangan dan pembangunan sumber rekreasi dan pelancongan. Kesan kualiti dan kapasiti, isu polisi yang mempunyai kesan ke atas rekreasi dan pelancongan juga akan dikaji.
ECN 4351 EKONOMI TENAGA
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 3311
Tinjauan umum ke atas sumber-sumber tenaga di Malaysia dan dunia; teori-teori asas berhubung dengan cara mengeksploitasi dan pengagihan sumber-sumber tenaga; Permintaan dan penawaran sumber-sumber tenaga; Isu-isu polisi tenaga di Malaysia - polisi harga; opsyen penggunaan tenaga berhubung isu-isu pemuliharaan dan isu-isu alam sekitar.
ECN 4363 PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN TENAGA MANUSIA
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ECN 4153
Kursus ini membincangkan penawaran dan permintaan tenaga manusia; pendekatan, teknik dan penggunaan perancangan tenaga manusia serta isu yang berkaitan dengan pembangunan tenaga manusia; kursus ini membincangkan dasar dan implementasi perancangan gunatenaga manusia di kalangan negara membangun dan negara maju.
ECN 4199A CADANGAN KERTAS PROJEK
Kredit : 2 (0 + 2)
Prasyarat : Tahun Akhir
Cadangan Kertas Projek ini membolehkan pelajar memberi penumpuan terhadap topic kajian yang berkaitan bidang ekonomi. Ianya akan disediakan di bawah pengawasan.
ECN 4199B KERTAS PROJEK
Kredit : 4 (0 + 4)
Prasyarat : ECN 4199A
Kursus ini adalah lanjutan Cadangan Kertas Projek, ECN 4199A yang mana pelajar dikehendaki menyiapkan penyelidikan mereka di akhir semester. Projek ini disediakan di bawah pengawasan.
|
|
|
|
|