|
SINOPSIS KURSUS PRASISWAZAH
Jabatan :
Perakaunan dan Kewangan
|
Ekonomi
|
Hospitaliti dan Rekreasi
|
Pengurusan dan Pemasaran
Jabatan Perakaunan Dan Kewangan
ACT 2111 PENGANTAR PERANCANGAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT PERAKAUNAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan penggunaan maklumat perakaunan di dalam pembuatan keputusan perniagaan. Tajuk-tajuk utama yang diliputi adalah penyediaan dan pemahaman penyata kewangan, memahami konsep-konsep asas dan andaian perakaunan yang digunakan, analisis penyata kewangan, belanjawan dan analisis varians, kaedah pembuatan keputusan perniagaan dan keputusan pelaburan modal dengan menggunakan teknik aliran tunai terdiskaun dan tunai tidak terdiskaun.
ACT 2112 PERAKAUNAN PENGENALAN
Kredit : 4 (3 +1)
Prasyarat : Tiada
Tajuk yang diliputi termasuklah sejarah dan perkembangan perakaunan, peranan dan persekitaran perakaunan, piawai, konsep dan teori perakaunan, perniagaan dan persekitaran, sistem perakaunan dan kawalan, peraturan simpan kira, rangka kerja kitaran perakaunan dan penyimpanan rekod, perakaunan untuk hasil, belanja, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik, perakaunan akhir tempoh, perbandingan penyata kewangan antara industri, pengenalan kepada penggunaan, analisis dan interpretasi maklumat perakaunan dan konsep asas kos dan perakaunan pengurusan.
ACT 2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
Kredit : 3 (3 +0)
Prasyarat : ACT 2112
Kursus ini memberi penekanan terhadap aspek perancangan dan kawalan dengan menggunakan maklumat perakaunan. Perbincangan meliputi konsep pengekosan keluaran, perhubungan kos-volum-untung, belanjawan, pengekosan piawai, perakaunan tanggungjawab, pengekosan relevan dan harga pindahan.
ACT 2311 PENGENALAN KEPADA HARTANAH
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan definisi tanah, jenis-jenis hartanah, jenis-jenis hak milik dan pegangan hartanah, peranan dan campurtangan kerajaan di dalam sektor hartanah, pasaran dan industri hartanah di Malaysia.
ACT 3121 PERAKAUNAN KEWANGAN PERTENGAHAN I
Kredit : 3 (3 + 0)
Prasyarat : ACT 2112
Kursus ini meliputi perakaunan untuk perkongsian dan pengenalan kepada perakaunan Syarikat di mana penumpuan diberikan kepada penyediaan perakaunan untuk pembiayaan kewangan atau modal kedua-dua entiti. Penyediaan penyata kewangan adalah berpandukan kepada prinsip dan penggunaan perakaunan yang diterima umum (GAAP), Akta Perkongsian 1961, keperluan Piawaian Perlaporan Kewangan (FRS) dan Jadual 9 Akta Syarikat 1965.
ACT 3122 PERAKAUNAN KEWANGAN PERTENGAHAN II
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3121
Tajuk-tajuk yang akan diliputi adalah pendedahan maklumat kewangan, cara tafsiran perakaunan lanjutan, piawaian perakaunan, penyediaan akaun syarikat, pengurangan modal dan penyusunan semula, pembubaran dan penerimaan, dan akaun-akaun khas.
ACT 3126 PERAKAUNAN KEWANGAN LANJUTAN I
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3122
Tajuk-tajuk adalah merangkumi penilaian syer dan perniagaan, penjualan dan pembelian perniagaan, akaun kumpulan, kesan urusniaga matawang asing, penyata aliran tunai kumpulan.
ACT 3127 PERAKAUNAN KEWANGAN LANJUTAN II
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3126
Kursus ini meliputi tajuk pelaporan kewangan lanjutan seperti penyatuan akaun dalam keadaan kumpulan yang kompleks, syarikat yang bermasalah, pelaporan segmen interim, pelaporan segmen dan pelaporan instrumen kewangan.
ACT 3131 PERAKAUNAN PENGURUSAN I
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 2112
Topik yang akan dibincangkan termasuklah perakaunan bahan mentah, buruh dan overhed, pengekosan berasaskan aktiviti, pengekosan pesanan kerja, pengekosan proses, analisis kos-volum-untung, pengekosan serapan dan pengekosan berubah dan kos relevan untuk pembuatan keputusan.
ACT 3132 PERAKAUNAN PENGURUSAN II
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3131
Topik yang akan diliputi termasuk belanjawan dan kawalan belanjawan, pengekosan piawai dan analisis varians, kos kualiti, maklumat perakaunan untuk letak harga, penilaian prestasi dalam firma terpencar dan harga pindahan dalam organisasi berbahagian.
ACT 3141 AUDIT I
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3121
Kursus ini memberi pengenalan kepada konsep asas audit dan integrasinya dengan penggunaan konsep tersebut. Penekanan diberikan kepada tanggungjawab profesional juruaudit berkecuali dan proses membuat keputusan yang harus ditempuhi oleh juruaudit berpandukan kepada keperluan profesional masa kini dan undang-undang.
ACT 3142 AUDIT II
Kredit : 3 (2+1)
Prasyarat : ACT 3141
Kursus ini meliputi prosedur audit tertentu dalam penyempurnaan proses audit, kesan teknologi maklumat ke atas pengauditan, audit khas, kawalan mutu audit, penyelewangan dan etika profesi juruaudit.
ACT 3151 PERCUKAIAN I
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 3121
Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan meliputi pengenalan kepada undang-undang cukai di Malaysia, mereka yang layak dicukai, penolakan perbelanjaan, cukai pendapatan, pendapatan dari pengajian, pencukaian ke atas dividen, faedah, sewaan/royalti, pencen dan anuiti, percukaian atas pendapatan perkongsian dan pentadbiran cukai.
ACT 3152 PERCUKAIAN II
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3151
Kursus ini meliputi semua aspek percukaian syarikat dan kaitan dengan kes undang-undang dalam penyelesaian sesuatu isu percukaian, di samping penelitian secara mendalam kepada peruntukan undang-undang Malaysia (Akta Cukai Pendapatan 1967).
ACT 3172 SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN I
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3131 dan ACT 3122
Topik yang dibincangkan termasuk konsep sistem dan peranan sistem maklumat perakaunan dalam pembuatan keputusan, teknologi pemprosesan maklumat dan kesan dalam kitaran transaksi, kawalan pengukuran dan proses dalam e-perniagaan.
ACT 3173 SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN II
Kredit : 3 (3 + 0)
Prasyarat : ACT 3172
Kursus ini menyentuh fasa di dalam Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (KHPS) iaitu perancangan sistem, analisis sistem, penilaian sistem dan pemilihan, perekaan sistem terperinci, pelaksanaan sistem dan pendekatan lain di dalam pembangunan.
ACT 3211 PENGURUSAN KEWANGAN
Kredit : 4 (3 +1)
Prasyarat : ACT 2112
Perumusan objektif dan polisi kewangan, peramalan, perancangan dan kawalan kewangan dan pengurusan modal kerja, nilai masa wang, teori penilaian, risiko dan pulangan, pembelanjawanan modal dan kos modal.
ACT 3311 PENILAIAN I
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 2311
Topik-topik yang dibincangkan di dalam kursus ini meliputi konsep nilai pasaran (market value), peranan dan tanggungjawab jurunilai, faktor-faktor yang mempengaruhi nilai hartanah, tujuan penilaian, jadual penilaian dan kaedah-kaedah penilaian.
ACT 3312 PENILAIAN II
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 3311
Kursus ini menekankan aspek penilaian kontemporari dan kuantitatif seperti kaedah aliran tunai terdiskaun (DCF), kaedah analisis regressi, penilaian harta istimewa, pembangunan dan penilaian projek. Aplikasi teknologi maklumat turut diberi penekanan di dalam kursus ini.
ACT 3313 PENGURUSAN HARTANAH
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini menekankan aspek pengurusan hartanah seperti peranan pihak pengurus, khidmat pengurusan dan penyelenggaraan bangunan, pemasaran harta sewaan, penyediaan polisi, dokumen kontrak dan pajakan, unjuran perbelanjaan dan laporan kepada pelanggan. Praktis pengurusan seperti pengurusan hartanah kediaman, kondominium dan rumah murah, pusat membeli-belah, bangunan pejabat, hartanah istimewa dan hartanah perindustrian. Topik yang akan turut dibincangkan adalah pengurusan portfolio hartanah.
ACT 4121 PERAKAUNAN TERKHUSUS
Kredit : 3 (3 + 0)
Prasyarat : ACT 3123 atau ACT 3126
Kursus ini meliputi perakaunan yang berkait dengan industri terkhusus seperti pembinaan harta dan harta pelaburan, kewangan, insuran, unit trust, instrumen kewangan, perladangan, pertanian, perladangan berasaskan air dan industri extractive.
ACT 4131 PERAKAUNAN PENGURUSAN III
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3132
Kursus ini meliputi gelagat kos, perancangan dan pengagihan sumber, pengagihan kos, pengekosan berasaskan aktiviti dan aplikasinya, teknik berasaskan kos untuk membuat keputusan, penilaian pelaburan strategik berasaskan teknologi maklumat, rancangan ganjaran dan pengukuran prestasi.
ACT 4151 PERCUKAIAN TERKHUSUS
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3152
Kursus ini merangkumi percukaian untuk bukan pemastautin, intensif pelaburan, percukaian bagi keuntungan hartanah, percukaian untuk industri terkhusus, penyiasatan dan percukaian terkebelakang, perancangan cukai dan perubahan dalam undang-undang percukaian bagi sesetengah pendapatan.
ACT 4161 PERAKAUNAN SEKTOR AWAM I
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3123
Kursus ini telah direka untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai komponen yang terdapat di dalam sektor awam terutama di Malaysia. Keutamaan kursus ialah berkaitan sistem dan prosedur kewangan secara terperinci seperti yang terkandung di dalam akta peruntukan kewangan perlembagaan persekutuan juga seperti yang dikehendaki oleh akta parlimen yang berkaitan, surat pekeliling dan perintah perbendaharaan untuk meningkatkan tanggungjawab dalam pengurusan harta awam.
ACT 4162 PERAKAUNAN SEKTOR AWAM II
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 4161
Meliputi prosidur perakaunan, pengauditan dan kawalan agensi-agensi awam dan syarikat-syarikat awam.
ACT 4191 TEORI DAN AMALAN PERAKAUNAN
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3122
Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan meliputi sejarah dan pembangunan teori perakaunan, penilaian aset dan penentuan pendapatan, perakaunan berdasarkan sosio-ekonomik, perakaunan untuk kos modal, perakaunan nilai tambah, perakaunan aliran tunai, perakaunan untuk nilai masa depan dan arah aliran harmonisasi bagi pelaporan kewangan.
ACT 4192 PERAKAUNAN ANTARABANGSA
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 3126
Kursus ini antara lain membincangkan amalan perakaunan antarabangsa dan masalah keseragaman amalan, tindakbalas pasaran terhadap pentafsiran matawang asing, pengkelasan operasi antarabangsa, perakaunan pengurusan bandingan dan arah aliran penyelidikan di bidang perakaunan antarabangsa.
ACT 4193 ISU-ISU SEMASA PERAKAUNAN
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Semua Kursus Major Perakaunan dan Audit
Kursus ini merangkumi semua aspek dalam perakaunan semasa, isu-isu audit dn isu-isu terkini yang berbangkit.
ACT 4211 KEWANGAN PERBADANAN
Kredit : 3 (3 +0)
Prasyarat : ACT 3211
Kursus merangkumi teori dan aplikasi kewangan perbadanan. Keutamaan topik-topik seperti maklumat kewangan dan pasaran kewangan, nilai kini bersih, penilaian sekuriti, belanjawan modal, penilaian risiko dan pulangan, pasaran modal dan penentuan harga aset modal, struktur modal syarikat, polisi dividen dan topik khas dalam kewangan perbadanan akan dibincangkan secara terperinci.
ACT 4212 TEORI KEWANGAN
Kredit : 3 (3 +0)
Prasyarat : ACT 3211
Kursus ini membincangkan teori kewangan secara terperinci. Topik-topik yang dibincangkan meliputi kenapa bidang kewangan penting, pasaran modal, penggunaan dan pelaburan, keputusan pengeluaran/pelaburan individu dan firma, teori utiliti, teori state-preference, teori agensi, teori portfolio dan teori pasaran cekap.
ACT 4213 ISU-ISU KHAS KEWANGAN
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 3211
Kursus ini membincangkan teori kewangan secara terperinci dan meliputi pengagihan sumber terhad oleh individu dan firma mengikut jangkamasa melalui pasaran modal. Pasaran modal memudahkan pergerakan sumber-sumber terhad mengikut masa. Kursus ini mengupas secara terperinci isu-isu khas dalam bidang kewangan yang sebelum ini telah dibincangkan secara umum dalam kursus asas pengurusan kewangan.
ACT 4214 PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3211
Kursus ini akan membincangkan prinsip pembiayaan dan pelaburan dalam organisasi perniagaan Islam. Topik-topik utama yang akan dibincangkan ialah batasan-batasan menyeluruh yang dikenakan oleh syariah, iaitu pengendalian tanpa riba dan zakat, alat-alat kewangan seperti syirka, mudaraba, murabaha, belanjawan modal dan sistem kewangan Islam.
ACT 4215 PENGURUSAN KEWANGAN ANTARABANGSA
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : ACT 3211
Topik-topik yang akan disentuh termasuklah sistem pertukaran matawang, derivatif matawang asing, kos modal, pembelanjawanan modal, pasaran kewangan antarabangsa, dan harga pindahan.
ACT 4216 SISTEM DAN STRUKTUR PASARAN KEWANGAN MALAYSIA
Kredit : 3
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan dengan mendalam peranan industri sekuriti dan bank di dalam sistem kewangan Malaysia; inflasi, kadar bunga, dasar fiskal dan kewangan dan kesannya terhadap pasaran kewangan.
ACT 4217 ANALISIS EKUITI DAN SEKURITI BERPENDAPATAN TETAP
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini akan menghuraikan instrumen-instrumen yang biasa didapati dalam pasaran wang dan pasaran modal serta kaedah-kaedah penentuan harga dan penilaian sekuriti berpendapatan tetap dan ekuiti, struktur risiko dan pulangan, struktur kadar bunga ikut masa, dan analisis asas dan teknikal.
ACT 4218 UNDANG-UNDANG SEKURITI
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Tiada
Mendedahkan pelajar kepada undang-undang kontrak, struktur undang-undang pasaran sekuriti di Malaysia, undang-undang agensi, hubungan di antara syarikat broker saham dan klien, analisis tort, struktur perniagaan, pencantuman dan pengambilalihan, pelesenan wakil urusniaga dan kesalahan berkanun.
ACT4221 ANALISIS PELABURAN
Kredit : 3
Prasyarat : ACT 3211
Kursus merangkumi teori dan teknik pelaburan, analisis keberkesanan Frontier, penilaian aset, analisis teknikal, penilaian portfolio, analisis risiko dan pulangan.
ACT 4222 ANALISIS SEKURITI
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 4221
Kursus ini meliputi teori pengurusan portfolio dan analisis sekuriti. Topik-topik khas seperti asas risiko dan pulangan, teori portfolio, model penentuan harga aset modal, teori penentuan harga arbitraj, analisis asas, analisis teknikal dan teori pasaran cekap akan dihuraikan dengan mendalam.
ACT 4223 TEORI PORTFOLIO
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 3211
Kursus ini memberi penumpuan kepada teori pengurusan portfolio. Pengurusan portfolio merangkumi pemilihan sekuriti, penggabungan sekuriti untuk membentuk portfolio dengan memberikan wajaran yang sesuai kepada sekuriti, membezakan antara portfolio cekap dan kurang cekap dan menggabungkan sekuriti dan portfolio cekap untuk membentuk satu strategi pengurusan portfolio yang berkesan.
ACT 4231 PENGURUSAN BANK
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 3211
Topik-topik yang dibincangkan ialah struktur sistem bank, pengurusan dan organisasi sebuah bank, pengurusan aset dan liabiliti bank, pengurusan kumpulan wang modal dan keselamatan bank, analisis kredit, amalan dan dasar beri pinjam, pinjaman bermasalah dan bank Islam.
ACT 4232 PERBANKAN ANTARABANGSA
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 3211
Topik-topik yang dibincangkan ialah syarat dan peraturan dagangan antarabangsa, kaedah bayaran dagangan antarabangsa dan alat urusan bank yang utama bagi dagangan antarabangsa, implikasi pertukaran asing, pinjaman luar pesisir, risiko perniagaan antarabangsa, pengawalan dan penentuan harga dan insentif eksport.
ACT 4233 PERKHIDMATAN KEWANGAN TERKHUSUS
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 3211
Topik yang dibincangkan meliputi pemasaran perkhidmatan kewangan, sewa beli, pajakan, pemfaktoran, kewangan hartanah dan perkhidmatan pelaburan.
ACT 4241 DERIVATIF KEWANGAN
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 3211
Kursus ini mendedahkan pelajar-pelajar kepada dunia derivatif kewangan. Tajuk-tajuk utama yang dibincangkan termasuk sifat semula jadi pasaran hadapan dan opsyen, bursa opsyen dan pasaran hadapan, urusniaga pasaran hadapan dan opsyen, sistem penyelesaian, strategi dan aktiviti lindung nilai.
ACT 4311 PELABURAN DAN KEWANGAN HARTANAH
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : ACT 3211
Topik-topik yang dibincangkan meliputi laporan perakaunan, sumber dana, penyata aliran tunai, pengurusan modal kerja, struktur modal, risiko dan pulangan, model penentuan harga aset modal (CAPM) dan analisis portfolio.
ACT 4312 PENTADBIRAN DAN UNDANG-UNDANG TANAH
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Tiada
Topik-topik merangkumi sejarah perundangan tanah, undang-undang tanah Malaysia, jenis-jenis hakmilik, pajakan, cagaran, sekatan-sekatan hakmilik, Sistem Torrens, pengambilalihan tanah dan hakmilik strata.
ACT 4315 PEMASARAN HARTANAH DAN AGENSI
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : MGM 3211
Topik meliputi prinsip-prinsip pemasaran, pasaran dan analisis pasaran bagi hartanah kediaman, komersial dan industri, tujuan pemasaran dan pemasaran hartanah komersil, pemasaran hartanah industri, pemasaran hartanah kediaman, aspek penjualan, peranan agensi dan penglelongan.
ACT 4316 PEMBANGUNAN HARTANAH
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Tiada
Topik meliputi pemeringkatan proses pembangunan, kaedah penaksiran pembangunan dan penilaian, kajian kemungkinan, penyelidikan pasaran, penentuan tempat, peraturan perancangan, pertimbangan kewangan, perancangan projek dan implementasi.
ACT 4317 PERANCANGAN BANDAR DAN PENTADBIRAN
Kredit : 3(3+0)
Prasyarat : Tiada
Topik-topik yang dibincangkan adalah rasional perancangan dari aspek ekonomi dan sosial, sistem perancangan di Malaysia, penguasa tempatan, topik khusus dalam perancangan, perancangan dan hartanah.
ACT 4199A CADANGAN KERTAS PROJEK
Kredit : 2(0+2)
Prasyarat : Tahun Akhir
Satu latihan ilmiah yang memberi tumpuan kepada topik penyelidikan berkaitan dengan bidang perakaunan dan kewangan. Pelajar dikehendaki menyediakan cadangan penyelidikan. Projek ini dijalankan di bawah pengawasan pensyarah.
ACT 4199B KERTAS PROJEK
Kredit : 4(0+4)
Prasyarat : ACT 4199A
Ini adalah lanjutan daripada kertas cadangan penyelidikan ACT 4199A dan pelajar dikehendaki menyempurnakan laporan penyelidikan pada akhir semester. Projek ini dijalankan di bawah pengawasan pensyarah.
ACT 4999 LATIHAN PRAKTIK
Kredit : 12 (12+0)
Prasyarat : ACT 3141, ACT 3152, ACT 3126, ACT3132
Kursus ini memberi pendedahan terhadap suasana sebenar pekerjaan dengan menempatkan mereka di organisasi di luar universiti. Ini membolehkan pelajar mengaplikasi konsep dan teori yang dipelajari di dalam kuliah yang berkaitan bidang perakaunan.
|
|
|
|
|