Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan   -   http://www.econ.upm.edu.my -   Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia.  Tel : +60389467609  Faks : +60389486188  E-mel : fep@econ.upm.edu.my
   ENGLISH VERSION
PELAJAR

Terdapat beberapa persatuan dan kelab yang ditubuhkan untuk pelajar fakulti ini. Penglibatan pelajar dalam persatuan atau kelab adalah untuk meningkatkan daya dan kemahiran kepimpinan serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan.

Persatuan dan kelab tersebut adalah:

Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (Faculty of Economics and Management Students Association atau FEMSA)
Ia merupakan persatuan induk pelajar di FEP. Matlamat utama penubuhan FEMSA adalah untuk menjaga kebajikan pelajar. Di samping itu, persatuan ini juga bertujuan untuk membantu mahasiswa memenuhi aspirasi akademik mereka ke tahap cemerlang.
Seterusnya >>

Kelab Perakaunan (UPAC)
Kelab Perakaunan telah ditubuhkan di FEP untuk membolehkan pelajar Bacelor Perakaunan menganjurkan aktiviti yang memberi manfaat kepada pembentukan seorang mahasiswa yang berketrampilan dan berwibawa dalam segala aspek. Ia juga bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman melalui pelbagai kegiatan yang dilakukan untuk melengkapkan diri mereka sebelum menceburi bidang kerjaya yang berkaitan
Seterusnya >>

Kelab Pentadbiran Perniagaan
Kelab Pentadbiran Perniagaan ditubuhkan adalah untuk pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan (BPP). Objektif utama kelab ini adalah untuk melaksanakan kegiatan yang boleh meningkatkan prestasi graduan BPP daripada pelbagai segi termasuk akademik, ketrampilan dan profesionalisme.

AIESEC
AIESEC adalah persatuan pelajar di peringkat antarabangsa di mana ahlinya terdiri daripada pelajar universiti yang berminat dalam bidang ekonomi dan pengurusan. AIESEC mempunyai cawangannya di UPM yang berpejabat di FEP.

Kelab Program Eksekutif
Pelajar program Bacelor Ekonomi untuk eksekutif telah menubuhkan Kelab Bacelor Ekonomi Eksekutif. Manakala pelajar program Bacelor Pentadbiran Perniagaan untuk eksekutif pula menjalankan berbagai program melalui Kelab Bacelor Pentadbiran Perniagaan Eksekutif.

          Soalan Lazim         
          Maklumbalas         
          Statistik Web         
           Peta Laman          
             AJK Web            

Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan atau kerosakan disebabkan daripada penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.


Anda pelawat ke:

Tarikh kemaskini:
24 Mei 2012 (12:02:52 ptg)


Hakcipta © 2008 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM. Semua hakcipta terpelihara.